Penyanyi rap popular, MK K-Clique berkongsikan detik perkenalannya dengan isterinya, Siti Hajaar di Instagram sebentar tadi.
Menerusi video untuk mempromosikan sebuah produk makanan, MK dilihat membuat kejutan buat isterinya dengan menaiki belon udara panas.
BACA: Selepas Bergelar Suami, MK Jaga Batas Dalam Lakonan
Ketika menikmati pemandangan menaiki belon udara panas, MK turut berkongsikan detik perkenalannya dengan isteri menerusi media sosial.
View this post on Instagram
“Saya kenal Siti Hajaar dari media sosial, nampak Instagram dia tapi private. Pastu saya check gambar profil, saya screenshot dan zoom. Lawa…” katanya.
Dalam pada itu, MK berkata dia mengambil masa setahun untuk memikat hati isterinya serta mengakui susah untuk mengurat Siti Hajaar.
“Saya try setahun baru nak ada ke next level. Susah, susah sangat. Sombong yang Alhamdulillah la, benda yang bagi saya patut ada dekat semua orang. Memang patut ada pun, memang kena ada,” katanya.
MK dan Siti Hajaar selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup diadakan di Masjid Jamiul Huda, Ampang pada 16 Jun lalu.