fbpx

Mizz Nina Terima Anugerah Maulidur Rasul, Ikon Aktivis Kemanusiaan

Pasti ramai tahu selebriti Mizz Nina memang terkenal dengan aktiviti sukarelawan dan misi kemanusiaan termasuk menjalankan misi di negara bergolak seperti di Syria.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.

BACA: Selepas Muat Naik Foto Noh & Anak, Mizz Nina Kongsi Petikan Tentang Curang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JAKIM (@myjakim)

Memetik BH Online, antara ikon lain terplilih lain seperti Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir diumumkan penerima Anugerah Perdana, manakala Prof Datuk Dr Azizan Baharudin menerima anugerah bagi Ikon Sains dan Peradaban.

Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman penerima Ikon Media Islam, Pengasas Kumpulan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim (Ikon Korporat Islam), pesara guru Tadika, Chee Hoi Lan (Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia) dan pakar kaunseling, Hushim Salleh (Ikon Kaunselor dan Motivasi).

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada semua ikon terpilih.