Mizz Nina Lancar Aplikasi Islamik, Boleh Ganti Muslim Pro
Penghijrahan Mizz Nina menjadi perhatian ramai apatah lagi penyanyi itu mengambil keputusan untuk berhijab ketika namanya sedang meningkat naik. Malah, Mizz Nina dikagumi ramai dengan sikapnya yang merendah diri.
Aktif dalam kegiatan dakwah dan aktivis muslimah melalui rancangan berkaitan gaya hidup Islam, baru-baru ini Mizz Nina dikhabarkan telah melancarkan sebuah aplikasi Islamik yang diberi nama Qalby App.
BACA: Peminat Nampak Baby Bump, Mizz Nina Hamil?
Difahamkan, aplikasi tersebut tersedia di Google Playstore dan Apple Store sejak bulan lalu dalam peringkat beta-testing dan telah dilancarkan secara rasmi awal bulan ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya sebelum ini, aplikasi itu diwujudkan adalah untuk berkongsikan mengenai pengetahuan dan keindahan Islam melalui platform media dan teknologi.
Menurut Mizz Nina, dia mendapat inspirasi untuk menghasilkan Qalby App ketika menghadiri kelas tafsir Ta’leem al-Quran di Alhudaonline pada penghujung tahun 2018.
“Adakah hati kita benar-benar suci? Bagaimana pula dengan iman saya? Allah tidak menghakimi penampilan kita tetapi hati dan perbuatan kita.
“Jadi begitulah lahirnya nama ‘Qalby’ tersebut yang bermaksud ‘hati saya’ dalam bahasa Arab,” kongsinya.
Qalby App menyediakan ciri-ciri seperti e-Journal, waktu solat, bacaan al-Quran, arah kiblat, koleksi doa, video ilmiah dan banyak lagi. Sejak dilancarkan, aplikasi tersebut telah dimuat turun sebanyak 10,000 kali dan ramai pengguna gembira dengan aplikasi tersebut serta memberikan respon positif.
Alhamdulillah..tq miss nina.
May Allah bless u
Beza educated (nina) dengan yang tak educated (noh hujan).
Jaga2 nanti kena hack dgn CIA…Yahudi Amerika bukan boleh tengok Islam ni aman.
Tak habih habih dengan agama, macam dunia ni tak ada benda lain seperti ekonomi , sains , teknologi, perindustrian. Pasai tu negara islam mundur, seperti Dr Asri cakap kenapa negara islam tak buat vaksin covid. Sebab tak ada knowledge selain daripada agama. ptuiii
zaini..biarla sibuk dengan agama tanpa mengabaikan sains dan teknologi.. apa pun apps ni terbaik.. moga Allah kurniakan kasih sayangNya buat kita semua.