fbpx

Misya Enggan Komen Dakwaan Aslam & Marissa Dah Kahwin

Isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan enggan memberikan komen mengenai dakwaan suaminya sudah berkahwin dengan Marissa Dania Hakim pada Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Memetik Harian Metro, Misya berkata lebih baik jika perkara itu dijawab oleh suaminya atau anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi.

BACA: Marissa Dania, Aslam Nikah Senyap-Senyap?

“No comment. Rasanya lebih baik bertanya kepada mereka. Maafkan saya,” katanya.

Terdahulu, sumber memberitahu Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama lelaki itu ketika Misya sedang menunaikan umrah.

Terdahulu, isteri Aslam iaitu Misya mendakwa anak kepada kedua pelakon itu menjadi punca rumah tangga musnah. Malah, turut dikongsikan bukti resit tempahan hotel pada Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa Dania Hakim.