Mira Filzah Tidak Kejar Mahu Kahwin Awal
Kebelakangan ini sering sahaja mendengar gosip mengenai pasangan sama padan, Mira Filzah dan Zizan Razak. Meskipun masing-masing menafikan andaian ramai bahawa mereka kini sedang hangat bercinta, namun nampak gayanya peminat tidak putus mengandingkan mereka berdua sehingga ada yang bertanya jika Mira sudah bersedia untuk berkahwin.
BACA: Sekitar Majlis Sambutan Birthday Mira Filzah
“Saya tidak tertekan sehingga membuat keputusan mahu berkahwin dengan segera. Malah pada usia 24 tahun kini, saya masih belum lagi terfikir untuk berkahwin. Sasaran tahun bila ataupun umur berapa saya bakal menamatkan zaman bujang pun belum lagi saya fikirkan. Semua itu adalah jodoh dan sama ada cepat atau tidak, saya serahkan kepada Allah”
“Sebelum ini saya ada berlakon dengan Zizan dan nampaknya peminat suka dengan keserasian kami. Mungkin itu yang membuatkan mereka mula cuba untuk menyatukan kami sebagai pasangan kekasih di alam realiti. Saya sendiri tidak terkesan dengan peminat yang berkata mengenai hubungan kami. Saya tahu yang berlaku antara kami,” katanya kepada Utusan Online.
Sementara itu, Mira akui keserasian antara mereka seakan menjadi apabila peminat mula menyukainya dan sekaligus menjadikan promosi sesuatu projek itu lebih mudah. Sebelum ini pernah juga kecoh hubungan cinta diantara mereka namun Zizan mengatakan hubungan itu tidaklah serapat yang disangka biarpun dilihat beberapa kali menghadiri acara bersama. (rtky/w)
begitu ya
ta tahu
iyala
padan lah kalau nak kahwin pun. Sama cantik, sama muda, sama berduit, sama popular.
Tak trfikir??? Abistu nape korang bercinta .. whatever ?
Kita tengok penyo bertelo..
Kwin jelha..jgn tggu lama2
hope korng ada jodoh .. amin
Saya sbg peminat awk..sya doa kan terbaik buat awk b’dua..x apa knl2x lah dahulu hati budi masing2x..insha allah sekira nya ada jodoh apa salah nyerr..Zizan ok apa..very gentleman, hormat..hehe terlebih lah pulak sya ini..ok bye..
mira nk kwin ngn zizan ke? hati2 sebab zizan ni suka mendekati gadis2 yg makin nak naik especially btudung. Kng tumpang glamour psal knonnya bcinta ngn pelakon cntik n ada nma pas 2 lma skit tnggalkna ckap xde apa2 juz friend cam msa emma dlu. Hti2 dia mmg dh glamour tpi sje jdi cm brad pitt smua yg cntik n glamour smua makwe dia huhu
muka mereka sama. In Shaa Allah, mungkin jodohnya?
Kalau dah ada jodoh zizan pun ada kawen dia diorng..??
Perkara yg lama jgn di ungkit ..mgkin ada sbb antara Zizan & Emma kita x tahu..dia org bkn nya nk kongsi bulat2 rahsia kat fans..siapa jodoh Zizan baik Mira kah atau sesiapa saja…bak kata pepatah..jodoh, maut semua di tangan yg esa..so siapa kita nk.judge mereka..sdh2 lah nk jatuh kan nama baik org..kita ini manusia bkn nya malaikat..setiap.manusia ada kesilapan nya…doa yg terbaik buat mereka aminn..
Ervina adik beradik ini minat zizan semoga berbahagia jodoh bersama mira tapi klu tak blh teman kah emma dah brpisah….sebb saya sedang mncari risau kat zizan tu.