Baru-baru ini perkongsian penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dirinya minum botol susu sehingga menerima kecaman.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shima turut tidak faham mengapa videonya minum susu menjadi isu di kalangan netizen. Menurut Shima lagi, minuman yang diminumnya itu adalah susu dan bukannya alkohol.
BACA: Terima Mesej Ajak ‘Main’, Baby Shima Dedah Wajah Lelaki Miang
Dalam pada itu, Shima turut mengajak siapa yang mahu merasai meinuman dengan menggunakan botol susu boleh membuat pesanan.
“Taulah ramai yang tak pernah rasa…taunya asyik mengata je, mau tapi malu kan…
“Entah-entah korang pun nak try kan? Meh order dengan Shima. Dont worry sesama kita je tau, Shima tak cerita orang lain,” tulisnya.