fbpx

“Minta Maaf Tak Perlu Sampai Jatuhkan Maruah”

Penceramah bebas, Syamsul Debat berkata memaafkan serta memohon maaf adalah perkara yang mulia namun tidak dinafikan ianya paling berat untuk dilakukan.

Memetik Harian Metro, Syamsu turut menjelaskan meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat menjatuhkan maruah orang lain.

BACA: Lelaki Hina Wajah Anak Caprice & Isteri Melutut Minta Maaf

“Maknanya, kalau hendak memaafkan orang, jangan letak syarat. Contohnya ramai orang kita ini kalau minta maaf kena macam tu atau macam ini sedangkan itu bukan caranya.

“Tak kisah hendak meminta maaf itu secara terbuka tetapi jangan sampai memalukan orang kerana Islam tak ajar macam itu.

“Mungkin kita hendak cerita dekat orang lain dia itu buat apa, tetapi apa yang lebih penting kita hendak pelaku itu meminta maaf.

“Bukan bermakna yang meminta maaf itu juga perlu meletakkan diri sampai macam itu sekali kerana sepatutnya pihak yang memaafkan juga perlu sama-sama merendahkan diri,” katanya.

Semalam penyanyi rap, Caprice berkongsi rakaman video dia dan isterinya, Farra Inalis bersemuka dengan lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menyamakan anaknya berusia dua bulan seperti haiwan.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan melutut di hadapan Farra selepas wanita itu meminta membuat demikian untuk meminta maaf.

SUMBER: Harian Metro