“Minta Cerai Bukan Sebab Nak Tuntut Harta Sepencarian”
Pelakon Puteri Sarah menafikan dakwaan segelintir pihak tindakannya untuk bercerai kerana ingin mendapatkan harta sepencarian dengan suaminya, Syamsul Yusof.
Memetik Kosmo, Puteri Sarah berkata sepanjang tempoh ini bekerja keras menyara keluarga dengan pendapatan sendiri dan anak-anak adalah keutamaannya.
BACA: Puteri Sarah Enggan Berdamai, Nekad Mahu Bercerai
“Anak-anak adalah keutamaan saya. Orang luar semua boleh nampak selama ini saya keras demi mereka. Ini pun saya tidak cukup tidur kerana habis kerja penggambaran lewat malam tadi.
“Jadi takkanlah saya nak menuntut cerai semata-mata kerana harta. Apabila dia (Syamsul) memfailkan nusyuz, saya pula terus menuntut hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak,” katanya.
Tegasnya lagi, dia tidak menuntut harta tetapi hanya menuntut hak penjagaan anak kerana selama ini dia tidak pernah berenggang dengan kedua anaknya itu.
“Saya tidak tuntut harta pun, sebaliknya cuma menuntut hak penjagaan anak semata-mata. Jadi anda boleh tahu apakah keutamaan dan perkara nombor satu dalam hidup saya ketika ini. Ini kerana anak-anak sentiasa dengan saya dan kami tidak pernah berenggang,” katanya.
Hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah menghadiri sesi Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dengan suaminya, namun proses tersebut gagal menemui jalan penyelesaian.
- SUMBER
- Kosmo
Makin complicated nampknya.go sarah go.blh move on cepat2
Itu makhamah yg tentukan ikut undang2 Syriah mmg harus .. padan a muker shamsul idung Luas Tu biar dia muflis Jual Jubo dia Dan Bini idung kemek dia kat chow kit atau thai haha
Assalamualaikum.. saya Hamba Allah, dgn izin Allah, saya ingin meminta pertolongan kepada semua yg sudi menolong saya, saya betul2 kesusahan, diuji oleh Allah. Keadaan ekonomi saya semakin teruk! sampai mahu makan pun tiada duit, anak saya juga dlm keadaan sakit, saya baru saja dapat kerja tapi lama nk tunggu dapat gaji, saya sukar juga untuk bekerja kerana excident motor, saya tak suka meminta minta, tapi saya terpaksa. Tolonglah sesiapa yg sudi menolong saya. Demi Allah saya tidak menipu. Yg sudi menolong bolehlah transfer atau bank in ke akaun peribadi saya PUBLIC BANK 6926431803
Atas nama mispandri Iskandar
No Tel: 01140095203
Itulah Wanita bijak lagi independant…dah terlampau terluka….dah terlambat sekiranya wanita itu mula berpaling…wang, pangkat dan suami yang tak menghargai dah tak heran buatnya….kenyataan dan kelakuan Syamsul byk menyeksa hatinya dan juga bukan utk memenangi hatinya…bukan calang2 orang boleh hadap chauvinist and narcissistic hubby…4 tahun dulu kalau u ikut cara betul, mungkin beliau boleh terima…tapi cara u sekarang dah buat Sarah ambil iktibar utk tutup hatinya…kamu kan dah ada orang lain, tak payah nak acah2 nak tunjuk seperti prihatin dgn Sarah..dia sakit sikit hari pun u tak lawat….u blocked her number for a year…really too late….now u nak salahkan dia…pelik
Inilah Melayu zaman sekarang. Bukan Puteri Sarah ni sorang aje tapi RAMAI lagi. Artis, selebriti, orang B40, orang kampung. Malah mak haji pak lebai pun sama. Iaitu …
SEMUA BENDA nak laung satu dunia. Termasuk benda-benda peribadi, yang hanya membuka aib diri dan keluarga. Macam bangga bila berlaku isu rumahtangga. Bukan nak selesaikan diam-diam tapi pergi umum kepada semua. Tanpa peduli akan jadi bahan ketawa dan cemuhan orang.
Melayu jadi semakin layu
bila tak ada malu.
Ape pon berlaku..klu ambik dari sudut positif…perceraian bukanlah sesuatu yg buruk sekiranye dibuat demi menghalang sesuatu yg lebih buruk brlaku..n demi kepentingn masa depan ank2 sbb xkan nk biar ank2 membesar dlm.keadaan ibu bapa brgaduh…lgpon 1st wife tak prnah dpt keadilan yg sewajarnya Dan trdpt gangguan dari pihak ketiga n family pihak ke 3..sewajarnya biarkan die hdup tenang n move on…bahagia dgn ank2 Nye.