Mimi Lana, Syafiq Kyle Sedia Bergelar Ibu Bapa

Pelakon Mimi Lana dan suaminya, Syafiq Kyle sedia untuk menimang cahaya mata selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Memetik Harian Metro, Mimi berkata dia dan Syafiq sudah merancang untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baru serta meminta mendoakan yang baik buat mereka.

BACA: Syafiq Kyle Doa 14 Hari Di Mekah Minta Dijodohkan Dengan Mimi Lana

“Ada perancangan sebab kami sudah berkahwin. Apa yang boleh, kami akan usahakan. Kalau ada rezeki, adalah,” katanya.

Sementara itu, Mimi berkata dia dan Syafiq tidak mahu terlalu menunggu masa yang sesuai memandangkan mereka sibuk dengan kerjaya serta meluahkan rasa syukur jika ada rezeki zuriat buat mereka.

“Kalau tunggu selesai penggambaran memang takkan habis. Macam dulu, kalau tunggu habis penggambaran, masih tak kahwin. Sebab itu saya hanya serahkan pada rezeki.

“Jika ia sampai, saya sangat bersyukur. Tak mahu tunggu lagi, kalau ada rezeki, doakan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Mimi berkata mereka sudah bersedia bergelar ibu bapa dan setiap hari bercakap mengenai nama anak. Malah, Mimi berkata dia bersyukur dengan kehidupan bahagia dikecapi selepas berkahwin.

“Saya sangat bersedia bergelar ibu. Syafiq lagi lebih bersedia. Setiap hari dia akan bercakap soal nama anak.

“Gembira, Alhamdulillah. Kehidupan yang lebih baik dan menakjubkan. Syafiq juga seorang suami yang baik. Perubahan itu ada, saya rasa tanggungjawab sudah berubah.

“Dulu kita banyak tanggungjawab pada diri sendiri, sekarang ini selain diri sendiri, ada orang lain yang kita perlu fikir,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

×