Umum mengetahui, minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pembatalan pernikahan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang sepatutnya berlangsung hari ini.
Terbaru, Mimi dilihat ada memuat naik video bersama Syafiq di Instagram miliknya semalam. Difahamkan, video itu adalah untuk mempromosikan produk coklat.
BACA: “Ya Aku Sakit” – Muat Naik Video Di IG Mimi Lana Jadi Perhatian
View this post on Instagram
Menerusi video itu, kedua-duanya dilihat mesra dan Syafiq turut menyuapkan coklat tersebut.
Memetik mStar, bagaimanapun video itu dipercayai mungkin dirakamkan sebelum mereka membatalkan perkahwinan.
Diruangan komen, rata-rata netizen beranggapan pasangan itu masih lagi bersama namun terpaksa berdepan komitmen kerja yang perlu dilaksanakan sehingga majlis terpaksa dibatalkan.
Terdahulu, pasangan ini mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis pernikahan dan resepsi mereka yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos ini.
Perkara itu disahkan oleh pengurus Mimi, Iman Tang yang memberitahu dia dimaklumkan sendiri oleh pelakon itu, Jumaat lalu.