fbpx

Pertama kali muncul dalam filem, sememangnya sangat mendebarkan buat si cantik manis, Hanis Zalikha. Mula dikenali sebagai seorang blogger, dia mengorak langkah pantas ke bidang lakonan.

Bermula dengan Memberku Hawa, berlakon disamping Faezah Elai dan Nad Zainal, bakatnya mula menarik perhatian mata ramai pengarah & penggiat industri hiburan.

Tidak berhenti disitu, dia dipilih menerajui filem Gangster Celup pula. Berlakon di bawah pengarahan nama-nama besar sememangnya mendebarkan. Ini diakui Hanis sendiri ketika ditemui di majlis pra tonton Gangster Celup bersama media malam lalu.

Hanis akui perasaan tercabar mendorongnya untuk mencuba sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran selain mengakui ada pihak yang menganggap dirinya tidak boleh berlakon langsung.

Hanis nyata tidak bimbang jika kehadirannya dalam bidang lakonan tidak diterima kerana dia sendiri sedar, dia muncul pada waktu industri sedang dibanjiri bakat-bakat baru yang sama-sama berlari menjadikan lakonan sebagai punca pendapatan.

Jelas Hanis, dia sebenarnya sangat teruja walau baru setahun jagung, dia sudah merasa memegang watak utama. Hanis juga tidak kisah jika dikritik, kerana baginya sebelum ini dia sendiri sudah biasa berdepan dengan pelbagai kritikan sejak mula berjinak dalam dunia blogger lagi.

Tambahnya lagi, Cuma yang membezakan dahulu dan sekarang adalah, skala kritikan itu akan menjadi lebih besar. Ini kerana dunia blogger lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan dunia lakonan.

Hanis menambah, dia tidak terfikir lagi untuk terus serious dalam lakonan kerana dia sudah mempunyai perniagaan sendiri, Toujours Skin Collagen Dust Beauty & Health Supplement dan fokus utamanya sekarang adalah bidang perniagaan.

Hanis sudah menamatkan pengajiannya dalam bidang business management di UiTM Shah Alam.

Pernah ditegur beberapa kali kerana raut wajahnya yang sentiasa nampak ketat. Hanis menjawab, “Tolong jangan marah saya. Saya sedar tentang perkara ini”

“Feature muka saya ni sebenarnya menampakkan muka saya garang and sentiasa ketat. Saya sentiasa berusaha untuk senyum. Tapi saya pun manusia biasa juga. Tak mampu untuk senyum setiap masa.”