Semakin berusia semakin hari kita kena lebih peka terhadap kesihatan kulit. Sama ada wanita mahupun lelaki benda sebegini ini harus dititikberatkan. Kalau korang nak tahu kulit kita merupakan organ terbesar dalam tubuh badan, jadi tak salah kalau kita lebih memberi tumpuan kepadanya.
Wajah antara part yang perlu ditekankan. Dari raut wajah juga ramai yang akan memberi first impression meskipun belum mengenali diri kita sepenuhnya. Oleh itu, kami nak share satu set skincare yang lengkap untuk korang apply pada wajah korang.
Paling menarik, set ini boleh digunakan oleh genre X dan Y. Jadi korang boleh lah share dengan partner korang. Kan dah jimat di situ!
Tidak hanya diciptakan dengan kelebihan yang bombastik untuk kulit korang, set skincare Siri Bel-aek Ageless ini juga lengkap dari Cleansing Balm sehinggalah Sleeping Mask.
View this post on Instagram
Okey lah tak nak cakap banyak jom kita tengok set skincare dari WonderLab ni. Dengar cerita Siri Bel-aek Ageless ini akan membuatkan korang kekal muda disamping memiliki kecantikan abadi!
Jangan tak tahu, kulit korang akan terserlah lebih muda, lebih halus dan lebih bersinar kalau korang apply produk yang diformulasikan dari black bean, black sesame & black rice. Senang cerita Trio Black Complex ™ ini akan bekerjasama dalam mengeluarkan fungsi mereka tersendiri antaranya tinggi dengan antioksidan dan antiradang.
Set SkinCare Yang Lengkap Dari A To Z
Terbaru, Siri Bel-aek Ageless yang mengandungi Bubble Mask yang boleh membuatkan liang pori kecil dan paling best dalam masa tiga minit sahaja gel mask tersebut akan berubah menjadi Bubble Mask pada muka korang.
Lagi heaven bila, pencuci muka berbuih ini sangat sesuai untuk korang yang sibuk bekerja macam Dina Nazir ni!
Nak lagi cantik untuk jadikan muka korang setiasa segar, jangan sesekali terlepas untuk apply Cleansing Balm. Di mana ia berfungsinya untuk menanggalkan solekan sepanjang hari dengan berkesan dan membersihkan kulit dari kekotoran secara lembut.
Dengan Cleansing Balm juga akan menjadikan kulit lebih lembut, anjal dan tegang serta dapat melicinkan kulit. Paling penting ia sesuai untuk semua jenis kulit!
Tapi jangan lupa untuk apply juga toner Siri Bel-aek Ageless pada wajah korang. Sebab toner ni toner Siri Bel-aek Ageless ni mengandungi 3x agen penghidratan (Gliserin, Pentylene Glycol, Panthenol) untuk kulit gebu dan sihat.
Selain tu, dapat menenangkan kulit dan menyerap lembut dengan tekstur yang ringan!
Buat korang yang ingin sentiasa memfokuskan kepada pra-penuaan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Siri Bel-aek Ageless dari WonderLab ini.
Sekaligus korang akan temui siri awek muda ini dan bakal menjadi peneman korang dari siang hingga ke malam.
Ingat jangan pernah tinggal Serum, Eye Cream dan Moisturiser kalau nak kulit anak sentiasa kekal muda dan gebu!
Di mana serum membantu mengurangkan kedutan dan menghaluskan garis-garis halus dari dalam wajah.
Jangan tak tahu, Eye Cream juga ada fungsinya yang tersendiri iaitu dengan menyegarkan kawasan mata dan meningkatkan keanjalan kulit bawah mata. Jadi no more mata panda!
Di samping, dibantu oleh moisturiser yang berfungsi melembabkan pra-penuaan serta menghidrat dengan ekstrak Plan Callus untuk meningkatkan keanjalan kulit.
Paling menarik, set ini juga mampu buatkan kulit korang terlindung dari pendedahan berterusan sinar inframerah dan ultraviolet (UV) daripada peranti digital jika korang sentiasa menggunakan Tone Up Sunscreen.
Dengan tone up sunscreen juga korang akan dapat kulit yang ringan dan lebih hydration sekaligus menyegarkan kulit dengan perlindungan SPF50+ PA++++.
Manakala fungsi Sleeping Mask pula membantu dan menyuburkan kulit semasa tidur dan bangun dengan kulit yang gebu dan berseri!
Nak tahu lebih lanjut lagi mengenai produk kegilaan ramai ni jangan lupa layari laman rasmi dan Facebook dan Instagram WonderLab.