Umum mengetahui, sebelum ini Intan Saleh pernah memaklumkan menerima bantuan peguam yang akan membantunya bagi kes tuntutan difailkan oleh bekas suami, Ude Wahid dan isterinya, Izreen Azminda.
Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Intan mendedahkan dia banyak menerima mesej di Instagram memaklumkan ‘mereka’ tidak henti memfitnah dirinya.
BACA: Intan Saleh Lantik Peguam, Bakal Berhadapan Bekas Suami & Izreen Azminda
Malah, Intan berkata ada pihak mendakwa peguam yang mewakilinya telah menarik diri daripada menguruskan kes saman berkenaan.
View this post on Instagram
“Kali ini mereka tuduh pula lawyer bonda dah tarik diri dengan sangat yakin. Bonda sangat terhutang budi dengan peguam Mahmud Jumaat kerana banyak membantu sejak dari awal diserang dengan LOD dan seterusnya saman mahkamah dengan bayaran seikhlas hati.
“Sejujurnya sehingga hari ini tak mampu membayar, dalam hati rasa mahu lari kerana rasa masalah saya ini menyusahkan ramai orang. Tapi bonda tiada pilihan. Saya akan cuba cari pendapatan dan bayar kos laywer yang sangat ikhlas membantu,” tulisnya.
Sementara itu, Intan turut kesal kerana luahan perasaannya tanpa menyebut nama sesiapa dan tidak bermaksudkan mana-mana namun dianggap memerli atau dituju kepada mereka.
Kata Intan lagi, ‘mereka’ tahu dirinya tiada kemampuan untuk melawak serta tiada duit untuk membayar peguam demi pertahankan diri.
“Sesekali menulis di media sosial tanpa sebut dan bermaksudkan mereka pun saya tetap disaman kerana mereka tahu saya tiada kemampuan untuk mempertahankan diri.
“Kali ini saya disaman kerana beberapa story di IG yang betul-betul kerana luahan hati seorang ibu tunggal waktu itu menguruskan anak sendirian.
“Adakah perlu sehingga menyaman walau saya tidak pernah menyebut nama mereka? Padahal mereka sendiri tidak habis mengugut dan menghina kami. Saya haya berdiam diri kerana sedar diri,” tulisnya.