fbpx

Pelakon Datin Seri Maria Farida mendedahkan dia masih menerima gangguan nakal daripada lelaki muda yang mahu mendekatinya.

Memetik Oh Bulan, pelakon berusia 55 tahun itu berkata ramai lelaki mahu mencuba nasib meskipun dia sudah berumah tangga.

BACA: Maria Farida Bergambar Tepi Pantai Pakai Dress Putih Jadi Perhatian

Namun, Maria berkata dia tidak tergugat dengan gangguan berkenaan dan masih setia bersama suami tercinta iaitu Datuk Seri Rahman Sakur.

“Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi platform media sosial.  Namun saya masih bahagia dengan rumah tangga dan apa yang ditawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami berikan. Saya bahagia dan tak perlukan semua itu,” katanya.

Bagaimanapun, Maria berkata dia tidak melayan dengan usikan tersebut serta menganggap ianya sebagai gurauan meskipun ada yang mengajaknya untuk dating dan berkahwin.

“Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu. Biasalah, mereka nak ajak ‘dating’, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan