fbpx

Menteri Agama Minta Sajat Serah Diri

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali sebagai Sajat dinasihatkan supaya menyerah diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya bulan lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

BACA: Isu Murtad, Sajat Terima Ugutan Bunuh

“Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS, dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang…

“Saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini, apa yang saya lihat tindakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Zulkifli berkata Sajat tidak eharusnya mengungkapkan kata-kata seolah-olah berhasrat untuk keluar dri agama Islam.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam,” katanya.

Januari lalu, Sajat tidak mengaku salah terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.