fbpx

Menari Tayang Perut, Netizen Terpegun Tengok Maria Farida

Sebut saja nama Datin Seri Maria Farida, sememangnya ramai mengagumi kecantikan pelakon itu yang tetap nampak muda meskipun usia mencecah 53 tahun. 

Baru-baru ini, aktres itu ada memuat naik video di aplikasi TikTok memaparkan dia sedang menari menampakkan bahagian perut menjadi perhatian ramai.

BACA: “Maria Farida Tua Dari DSV Tapi Kalah Anak Dara” 

@mariafarida.official

???

? As It Was – PREP

Mana tidaknya, aktres itu tetap menjaga bentuk badannya sekaligus membuatkan netizen kagum serta seakan tidak percaya kerana Maria tidak seperti berusia 53 tahun.

Diruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wajah Maria langsung tidak berubah sejak mula berlakon dulu sehingga ada yang menggelarnya ‘vampire’.

Malah, ada yang membandingkan diri mereka sendiri yang muda namun kelihatan tua daripada aktres tersebut.