Nampaknya kemelut rumah tangga Puteri Sarah terus hangat diperkatakan apabila aktes itu berkata suaminya Syamsul Yusof masih menyekatkan sehingga sukar untuk berbincang.
Malah, lebih mengejutkan Sarah juga meminta Syamsul untuk melepaskannya kerana tidak rela untuk bermadu.
BACA: Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Lepaskannya
Sementara itu, perkongsian ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menjadi perhatian apabila mengatakan bahawa menantunya hanya Puteri Sarah.
Dalam pada itu, Datin Patimah turut meluahkan rasa terkilan apabila Puteri Sarah membuat keputusan untuk mengundurkan diri apatah lagi selepas ditinggalkan untuk menguruskan anak sendirian.
Ujarnya lagi, menantunya itu berhak bahagia namun pengorbanannya sebagai isteri dan ibu tidak dihargai.