fbpx

Menangi Tiket Wayang & Hadiah Eksklusif Filem THE DARK KNIGHT RISES

Cuba teka siapa ada 40 pasang tiket wayang & juga barisan barangan eksklusif filem THE DARK KNIGHT RISES untuk menjadi milik anda semua?

Kami ada semua itu dan lebih dari gembira untuk berikan kepada anda semua yang setia menantikan tayangan filem THE DARK KNIGHT RISES.

Filem arahan Christopher Nolan yang merupakan filem ketiga dalam trilogi Batman ini akan muncul di pawagam Malaysia pada 19 Julai 2012.

THE DARK KNIGHT RISES mengambil tempat 8 tahun selepas peristiwa yang terjadi dalam filem yang terdahulu The Dark Knight dan khabarnya ini adalah filem terakhir sebagai konklusi.

Masih menampilkan Christian Bale sebagai Bruce Wayne dan Batman, THE DARK KNIGHT RISES turut menyaksikan penampilan beberapa wajah baru untuk memantapkan filem ini.

Mereka adalah Anne Hathaway sebagai Selina Kyle & Catwoman, Tom Hardy (Bane), Marion Cotillard (Miranda Tate) dan Joseph Gordon-Levitt  sebagai John Blake. Menarik bukan?

Sekarang mari bercakap tentang bagaimana anda semua boleh memenangi barangan eksklusif THE DARK KNIGHT RISES dan yang lebih penting tiket wayang untuk menyaksikan filem berskala epik ini di’pawagam berhampiran anda.

Cara’nya mudah sahaja. Lengkapkan ayat ini mengikut kreativiti & imaginasi anda “Saya ingin menonton filem THE DARK KNIGHT RISES 19 Julai ini kerana…” dan tiada had perkataan yang anda boleh tulis.

Anda perlu menggunakan akaun Facebook anda untuk menyertai peraduan ini dan pastikan yang kami boleh menghantar message ke inbox Facebook anda untuk memaklumkan senarai pemenang.

Tinggalkan ayat kreatif anda melalui ruangan komen di’bawah dan kami akan memilih 5 penyertaan paling kreatif untuk memenangi hadiah utama berserta tiket wayang dan 10 lagi untuk memenangi tiket wayang. Rujuk grafik di’bawah untuk senarai lengkap hadiah.

Tarikh tutup penyertaan: 31 Julai 2012