fbpx

Belum terlambat rasanya untuk kami ucapkan tahniah kepada KRU Studios atas pencapaian membanggakan malam tadi di Anugerah Skrin 2011.

Filem terbitan mereka Magika berjaya membawa pulang trofi untuk kategori Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011 malam Jumaat yang lalu.

Ini bukan pencapaian pertama Magika sebagai filem terbaik — filem ini turut membawa pulang gelaran yang sama ketika Festival Filem Malaysia ke 23 hujung tahun 2010 yang lalu.

Menerusi laman Twitter rasmi beliau awal hari ini, Norman Abdul Halim atau Norman KRU menulis yang beliau sekarang berfikir untuk menerbitkan sekuel untuk filem Magika.

Beliau yang kini sedang sibuk dengan projek filem Hollywood, Vikingdom berkata demikian beberapa jam sebelum menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-12 adik tersayang, Edry Abdul Halim & isteri, Milia.

Edry KRU merupakan pengarah untuk filem Magika dan filem ini merupakan arahan pertama beliau sepanjang kerjaya — dua anugerah sebagai filem terbaik. Well done brother!