Dalam satu artikel terbaru keluaran Murai.com.my, Memey Suhaiza melahirkan rasa sedih beliau tentang gambar yang di’eksploitasi oleh media.


Menurut Memey Suhaiza, gambar tersebut hanya untuk tatapan rakan-rakan namun jatuh ke’tangan pihak media tanpa di’sengajakan.

Ini membuatkan Abby Abadi menuduh Memey Suhaiza sengaja menyebarkan gambar & menggunakan anak-anak beliau untuk meraih simpati umum.

Lebih menarik, wartawan bertanyakan soalan nakal, tidak takutkah Memey Suhaiza jika di’takdirkan berkahwin dengan Norman Hakim & apa yang terjadi kepada Abby Abadi kembali berulang?


Seakan sedar akan situasi beliau sekarang, Memey Suhaiza menjawab yang beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan & percaya kepada ketentuan Tuhan

“Jika itu yang berlaku, ia lumrah hidup yang perlu saya bersedia untuk hadapi. Tapi saya harap dijauhkan itu semua.”