Membesar Dalam Kesusahan, Hanis Zalikha Teringat Mak Ayah Jual Kuih Tepi Jalan
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Hanis Zalikha terkenang ketika membesar dalam kesusahan apabila kedua ibu bapanya berniaga kuih muih dan nasi lemak.
Dalam entri tersebut, isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu turut memuat naik gambar kuih kegemarannya iaitu pulut panggang. Ujarnya, setiap kali makan kuih tersebut, dia pasti akan teringat kehidupan zaman dahulu.
BACA: Berbaloi Hantaran Kahwin RM91 Ribu, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih dan nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hanis turut mengucapkan terima kasih buat ibu bapanya yang bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan mereka adik beradik.
“Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama,” tulisnya.
Perkongsian Hanis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak apabila mendapat tahu Hanis sekeluarga pernah hidup susah kerana ada yang menyangkakan keluarganya orang senang.
- SUMBER
- Cari Forum
Aik hidup kaya raya je aku tengok sejak ko belum pemes. Org2 camni mmg kena cerita kesusahan zaman lampau ke camno? Bila dah kaya pastu cite konon2 dulu susah bla bla bla kalo betul susah takdela tinggal umah banglo bagai.. barang pun branded2.. kau umur pun muda lagi.. aku knal ko sebelum ko jadi bbnu lagi. Adoi pui sgt org2 cmni
Ye ke nisss? Cuba detail kat mana jual nasi lemak dan kuih muih tue? Hejehehe pelik pulak dulu lagi mmg dah ada2 life kau
Yeke..ala meniaga. tak.semestinya susah. duit meniaga tuler bawak awak gie casting Sana sini sbb mak nak anak femes. Ayah awak pun bukan susah sgt.mak awak pon penah keja bank kan.
agak2lah membohong.
hantaran pun banyak.
nak simpati apa lagi