fbpx

Membaca Sambil Beramal? Oh, Inilah Yang Orang Cakapkan Tu!

Ramadan tiba…Ramadan tiba…Nyanyi ke tu? Fuh. Bersemangat pula tiba-tiba nyanyi lagu Ramadan ni gais. Sekarang ini pun dah bulan April.

Pejam celik pejam celik dah tak lama dah kita nak sambut bulan Ramadan ni gais. Bestnya lahai…Boleh pergi bazar Ramadan dan sembahyang terawih. Jap! Dah boleh pergi kan tahun ni? Hihi…

Bila dah sebut pasal kedatangan bulan Ramadan ni kan, ada satu kempen ni memang dah dilancarkan pun sejak 2010 lagi. Kalau anda betul follow kempen ni anda dah boleh teka dah apa. Terutamanya pada anda yang ulat buku tu!

Pelancaran Promosi Ramadan@POPULAR 2021

Haa, kalau anda nak tahu Ramadan@POPULAR adalah satu kempen yang diadakan bersempena bulan Ramadan yang dilancarkan pada tahun 2010 dan melibatkan semua kedai buku POPULAR dan HARRIS.

Sepanjang kempen ini, anda sebagai pelanggan dapat menikmati rebat sebanyak 10% bagi buku Bahasa Melayu terpilih, dan 10% daripada jumlah hasil jualan ini akan didermakan kepada rumah-rumah anak-anak yatim terpilih dari seluruh Malaysia. Wowo, power nih.

Bukan itu jer gais, kempen Ramadan@POPULAR ini juga diadakan sebagai inisiatif untuk menggalakkan anda untuk Membaca: Beribadah Sambil Beramal. Agituh! Bila lagi nak jadi ulat buku kan? Sambil-sambil anda membeli dan membaca buku tu boleh juga buat saham akhirat dengan menderma.

Menolong Pada Yang Memerlukan

Sebanyak 147 buah rumah anak yatim telah menerima sumbangan. Dan untuk tahun 2021, POPULAR bersama 8 syarikat penerbitan tempatan akan meneruskan kempen yang bermakna ini untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan.

Jadi, sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tak lama jer lagi, promosi Ramadan@POPULAR 2021 sudah pun berlangsung sehingga 9 Mei 2021 di Kedai Buku POPULAR/HARRIS terpilih di seluruh Malaysia termasuk POPULAR Online. Amazing betul!

Sepanjang promosi ini berlangsung juga, anda dapat menikmati rebat sebanyak 10% untuk lebih daripada 267 tajuk-tajuk terpilih dari kategori Agama, Motivasi, Bukan Fiksyen, Masakan dan Komik.

Ada lagi….dengan tema Membaca: Beribadah Sambil Beramal, mereka juga nak ajak anda semua untuk bersama-sama membaca dan membuat amal, kerana dengan setiap pembelian anda, 10% akan didermakan kepada Badan Kebajikan terpilih.

Nikmati Tawaran Hebat!

Selain menikmati tawaran hebat, anda juga boleh memberi sumbangan melalui Projek Wakaf Al-Quran & Terjemahan mereka.

Mudah jer gais caranya. Anda hanya perlu membeli dan menyerahkan buku-buku tersebut kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk diwakafkan kepada Badan Kebajikan terpilih. Juruwang mereka akan mengambil rekod belian anda. So, jangan risau gais.

Selain itu, anda juga akan menerima hadiah percuma senaskah surah Yassin atau Manzil dengan setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam 1 resit sementara stok masih ada. Mak ai, siap ada hadiah percuma lagi!

Jadi tunggu apa lagi, nikmati rebat daripada promosi ini dan Membaca: Beribadah Sambil Beramal. Sambil-sambil anda kongsikan rezeki anda dengan insan-insan yang memerlukan bantuan. Mesti mereka happy nanti gais.

Anda juga boleh menikmati promosi ini di POPULAR Online tau. Klik jer LINK INI.

Gunalah Perkhidmatan Order, Pick & Go!

Kadang-kadang kalau keluar tu rasa rimas juga kalau ada ramai orang kan? Jangan risau! Anda hanya gunakan kemudahan membeli-belah dengan Perkhidmatan Order, Pick & Go.

Pengambilan barang di cawangan pilihan anda atau penghantaran ke rumah anda pun boleh diaturkan tau. Padu gais. Jadi anda boleh hubungi cawangan pilihan anda melalui WhatsApp sekarang juga!

Untuk maklumat lanjut sila klik DI SINI.

Anda juga boleh lawati media sosial di bawah juga okay!

POPULAR Facebook: LINK INI.
POPULAR Instagram: LINK INI.
POPULAR Online Link: LINK INI.