Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia tidak terasa hati mahupun marah jika disapa dengan panggilan janda kerana itulah status dirinya.
Memetik Harian Metro, Adira berkata baginya gelaran janda tidak kasar dan tidak perlu ‘sentap’ hanya disebabkan perkara remeh, malah dia sudah biasa dengan gelaran berkenaan.
BACA: Bekas Isteri Pertama Kongsi Gambar Sanding Datuk Red & Adira
“Saya okay saja menggunakan perkataan ‘janda’ itu kerana dah memang betul saya sekarang seorang janda. Tak ada yang kasar pun bunyinya (janda) atau cuba mahu mempersendakan status seseorang yang dah pun bercerai.
“Di Sabah, negeri kelahiran saya memang biasa saja kami sebut ‘janda’. Jarang sekali nak sebut ibu tunggal ke atau apa. Panggilan janda, memang biasa dan tak ada nak terasa hati atau marah pun,” katanya.
Bagaimanapun, Adira berkata dia jika tidak semua wanita yang sudah bercerai boleh menerima panggilan janda kerana itu hak masing-masing .
Terdahulu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red pada 24 April lalu.
SUMBER: Harian Metro