Meerqeen Antara 100 Lelaki Terkacak Di Dunia

Selepas Anna Jobling tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022, giliran hero gandingannya pula iaitu Meerqeen tercalon dalam senarai 100 Lelaki Terkacak 2022 (100 Most Handsome Faces of 2022).

Memetik Media Hiburan, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen menerima pencalonan tersebut daripada TC Candler. Perkara itu turut dikongsikan menerusi Twitter rasmi TC Candler tiga hari lalu.

BACA: Anna Jobling Antara 100 Wajah Tercantik Di Dunia

“Tahniah kepada empat calon ini kerana secara rasminya dicalonkan sebagai 100 Wanita Tercantik/ Lelaki Terkacak 2022. Mana satu calon kegemaran anda? Teruskan mengundi!,” tulis perkongsian itu.

Menerusi senarai itu, TC Candler turut memuat naik tiga lagi foto calon yang tersenarai iaitu Riku NiziU, pelakon Bollywood Kartik Aaryan dan Shownu Monsta X.

Untuk senarai tahun ini, Meerqeen turut berada sebaris dengan bintang popular dunia seperti Bradley Cooper, Liam Hemsworth, The Weeknd, Suga BTS, Song Joong Ki, RM BTS, Hrithik Roshan dan ramai lagi.

Terdahulu, Anna berkata dia tidak menyangka dengan pencalonan tersebut serta menyifatkan pengiktirafan peringkat dunia itu cukup besar.

×