Apabila akhbar hujung minggu menyebut nama Maznah Zulkifli (Maznah Zolkifli) sebagai rakan artis yang merampas suami Noniswara, kecoh juga di’kalangan peminat dunia hiburan yang mahukan kepastian.

BACA: Maznah Zulkifli Rampas Suami Noniswara, Punca Cerai?

Melalui laporan Kosmo! hari ini, Maznah Zulkifli memberikan kenyataan balas yang dakwaan beliau merampas suami Noniswara, Datuk Rosman Ridzwan sebagai satu fitnah selain terkejut dengan berita tersebut.

“Memang saya sangat terkejut & saya telah difitnah. Saya bakal mengambil tindakan selanjutnya ke atas kes ini”

“Saya telah pun berjumpa dengan peguam saya dan saya tidak boleh beri sebarang kenyataan. Memang saya akui ini semua fitnah semata-mata,” ujar Maznah Zulkifli tentang isu ini. Apakah akan ada saman malu?