Beberapa hari lalu, ada pembaca yang menegur kami sudah pun ketandusan idea apabila menulis entri berkaitan muka hadapan majalah tempatan.

Kami ambil teguran itu sebagai sesuatu yang positif dan berjanji akan ada lebih banyak kisah muka hadapan majalah selepas ini. #LOL

Siapa boleh lupa imej ikonik Maya Karin yang bertudung dalam filem Ombak Rindu, dan imej yang lebih kurang sama kini di’abadikan.

Maya Karin bergandingan bersama seorang calon akhir Pencarian Covergirl NUR 2011/12, Azila dan aktress ini masih bercakap tentang peranan beliau dalam Ombak Rindu. Hmm.

Khabarnya, LMFAO dan Cee Lo Green bakal menyertai persembahan khas Super Bowl yang di’jayakan Madonna. Sebelum ini ada khabar angin mengatakan yang Nicki Minaj juga berminat untuk ke pentas. – Just Jared 

Penyanyi R&B, Ne-Yo telah bersetuju untuk menjawat jawatan Naib Presiden (SVP) untuk Motown Records kerana percaya beliau mampu bawakan perubahan kepada landskap industri muzik Amerika Syarikat. – Fox News

Pelakon asal siri komedi ini, Charlie Sheen berkata Two and A Half Men layak untuk di’tamatkan selepas selesai’nya musim kali ini tetapi bukan kerana tidak percayakan Ashton Kutcher, lebih kepada menjaga nama siri ini dari hilang kualiti baik seperti sebelum ini. – Earsucker