Baru semalam kami tuliskan yang Maya Karin sejak akhir akhir semakin kurang gossip, dan hari ini ada satu berita yang positif dari beliau berkaitan kerjaya.

Menurut laporan, Maya Karin kini di’khabarkan sudah mengikat kontrak dengan sebuah agensi pengiklanan — Creative Republic.


Maya Karin bakal terlibat dengan sebuah projek yang mana beliau akan muncul dalam lima buah iklan berasingan menggunakan teknologi terkini 3D.

Menurut CEO Creative Republic, Esther Tan mereka gembira untuk bekerjasama dengan Maya Karin dan berkata proses rakaman episod pertama dalam siri iklan ini akan berlangsung pada 13 Januari ini.

Iklan yang bertemakan cinta terhadap alam sekitar ini akan di’arahkan oleh Anthony Wong yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Michelle Yeoh, Ryan Giggs, Steven Gerard, Michael Owen, dan Sheila Majid.