fbpx

Tahniah diucapkan buat pelakon Mawar Rashid yang selamat melahirkan cahaya mata ketiga iaitu bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Selangor kira-kira jam 1 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Mawar di Instagram sebentar tadi serta memaklumkan proses kelahiran secara normal itu dipermudahkan.

BACA: Hamil Anak Ketiga, Mawar Rashid Alami Alahan Teruk Sampai Berkurung Dalam Bilik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Menurut Mawar lagi, dia bersalin secara normal buat kali ketiga serta berkongsikan nama diberi buat bayinya itu iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.

“Syukur Alhamdulillah, semua nya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby, Rafael & Cinta. Thank you semua atas doa-doanya.Say hi to, Raden Seri Riyanna Sayang,” tulisnya.

Perkongsian Mawar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat Mawar dan suaminya, Raf Yaakob di atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka.

Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella berusia empat dan dua tahun.