Pelakon Nora Danish meluahkan rasa syukur diberikan hidayah untuk berubah ke arah lebih baik dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Memetik Kosmo, Nora berkongsikan dia masih ingat lagi momen dia mahu berubah kerana tidak suka dengan kehidupan lamanya serta bersungguh memohon doa kepada Allah.
BACA: Rai Hari Jadi Dre, Netizen Doa Nora Danish & Nedim Bersatu Kembali
Sementara itu, Nora berkata individu sekeliling termasuk rakan-rakan turut memainkan peranan penting apabila mengajaknya untuk menyertai majlis ilmu.
“Saya percaya perubahan ini adalah untuk Allah. Dia yang gerakkan hati saya. Kawan-kawan juga memainkan peranan penting terutama Betty Rahmat yang tidak pernah jemu mengajak saya ke majlis ilmu meskipun saya rasa sangat jahil ketika itu.
“Selain itu. Saya rasa masalah yang dihadapi ketika itu tidaklah sebesar mana seperti apa yang orang lain hadapi. Macam krisis rumah tangga, hanyalah kecil sahaja.
“Namun masih saya ingat, masa itu diri betul-betul nak sangat berubah. Satu tahap, masuk usia 40 tahun, saya dah mula tak suka dengan kehidupan lama,” katanya.
Kongsi Nora lagi, dia seolah merasakan ada sesuatu yang hilang serta kekosongan dalam hati yang mendorongnya untuk berubah.
“Sebelum ini, saya fikir kehidupan lama itu adalah satu-satunya pilihan. Berparti dan pelbagai aktiviti lain terasa biasa tetapi dalam hati, ada sesuatu yang hilang.
“Saya mula membaca satu zikir yang mengajar tentang mencintai Allah. Setiap hari saya baca, solat, dan berdoa sambil menangis meminta kepada-Nya. Alhamdulillah, perlahan-lahan Allah bukakan pintu hati saya,” katanya.
SUMBER: Kosmo