fbpx

Umum mengetahui platform pelaburan, OctaFX yang sememangnya dikenali ramai kini memasuki senarai maran Bank Negara Malaysia (BNM).

Memetik Harian Metro, dua duta pelaburan tersebut iaitu pelakon Fizo Omar dan Wak Doyok masih lagi terus membisu. Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua selebriti itu juga gagal. Difahamkan, mesej dan panggilan telefon yang dibuat oleh pihak Harian Metro tidak pernah berjawab.

BACA: Dikecam Promosi Forex, Netizen Minta Fizo Omar & Wak Doyok Bertaubat

Sementara itu, hasil tinjauan di Instagram Wak Doyok mendapati, pelakon itu masih menyatakan dirinya duta OctaFX. Wak Doyok dan Fizo Omar dilantik menjadi duta OctaFX pada Februari lalu.

Terdahulu, selain BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

Untuk rekod, OctaFX adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011.