Masjid Besar Wilayah Songkhla Thailand nampaknya menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia selepas tular berita perkahwinan pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar yang bernikah disana.
Memetik Harian Metro, seorang pemandu pelancong dikenali sebagai Saiful berkata fakta menarik itu turut dikongsikan oleh pemandu pelakoncong lain buat mereka yang baru pertama kali datang ke sana.
BACA: Ira Kazar Post Gambar Bersama Syamsul, Tak Sampai Seminit Dah Padam
“Masjid itu memang sudah terkenal dalam kalangan orang kita untuk bernikah. Apatah lagi di tingkat dua terletaknya pejabat agama mereka.
“Kiranya, kalau nikah di situ memang diiktiraf pun dan selepas itu mereka perlu serahkan borang di Kedutaan Malaysia. Memang mudah saja urusannya. Namun, ia bertambah popular selepas tersebarnya berita perkahwinan Syamsul.
“Sebelum tiba di kawasan Pantai Samila, Songkhla akan melalui masjid ini. Satu fakta menarik yang akan dikongsikan kepada pelancong adalah perkahwinan pasangan terbabit.
“Dalam masa sama, ada juga yang dah tahu. Kadang, ada yang dah bertanya lebih awal sama ada akan singgah di masjid itu atau tidak,” katanya.
Dalam pada itu, Saiful turut berkongsikan dia juga sering menjadi rujukan warga tempatan yang mahu bernikah di wilayah itu dan dia tiada masalah untuk berkongsikan caranya.
“Kita tak ada pakej ini, tapi macam saya secara peribadi ada saja yang bertanya macam mana kalau nak pergi kahwin di sana. Saya okay saja untuk kongsikan caranya. Selebihnya mereka kena buat sendiri. Sebab tak susah pun,” katanya.
Terdahulu, Syamsul mengumumkan sudah pun berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar Saisi.