fbpx

Pelawak Achey berharap kemelut berlaku anggota kumpulan Sepah yang didakwa bermasalah dapat diselesaikan dengan baik dan ddia juga mahu melihat mereka kembali berbaik.

Memetik mStar Online, Achey berkata dia sayangkan ketiga-tiga anggota kumpulan tersebut serta berharap jika ada masalah selesaikan secara baik dan bukan di media sosial.

BACA: “Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang Kau Tinggal Aku” – Posting Mamat Sepah Jadi Perhatian

“Saya neutral, ketiga-tiga mereka itu saya sayang dan mereka sangat baik. Merekalah antara yang beri tunjuk ajar pada awal kemunculan kumpulan Bocey, jadi saya sayang mereka.

“Cuma pesan saya apa saja masalah yang berlaku, lebih baik selesaikan dengan cara baik dan jangan luahkan di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Achey berkata dia tahu mengenai berita tersebut di media sosial dan berharap mereka semua bermaaf-maafaan apatah lagi semua sudah matang.

“Saya tahu dari media sosial tapi kisah dalaman mereka saya tak tahu. Bukan nak menyibuk, saya hormat mereka sebagai senior dalam industri,.

“Seeloknya jika ada masalah bermaaf-maafanlah, masing-masing dah tua, jadi profesional, telefon dan selesaikan dengan baik,” katanya.

SUMBER: mStar Online