fbpx

Pelakon Puteri Sarah berkata masih terlalu awal untuk dia berkongsikan mengenai sejauh mana hubungannya dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil.

Memetik mStar Online, Puteri Sarah berkata dia mengakui takut serta tidak mahu melalui kegagalan dalam hubungan buat kali kedua.

BACA: Puteri Sarah Dedah Ada Individu ‘Stalk’ Instagram Andi Arsyil

“Masih terlalu awal untuk bercakap… saya takut juga. Takut pisang berbuah dua kali. Jadi kita tengok macam mana dululah,” katanya.

Sementara itu, Sarah berkata kehadiran Andi yang menonton pementesan teater lakonannya adalah sebagai menyokong kariernya.

Tambah Sarah lagi, Andi bukan datang ke Kuala Lumpur seorang diri sebaliknya ditemani beberapa rakan pasukannya.

“Kami sebagai rakan perniagaan, jadi kita saling menyokong. Kalau ada apa-apa pun, Insya-Allah saya dan tim akan sokong. Lagipun dia bukan datang seorang tapi bersama pasukan dia juga. Kita jemput dia untuk datang tengok,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata kehadiran Andi itu tidak dirancang sebaliknya aktor itu kebetulan menghadiri mesyuarat perniagaan di Kuala Lumpur.

“Kami rancang nak buka kilang di sini. Insya-Allah kalau berjalan lancar, kilang akan beropersi di sini. Macam hari itu dia datang Sepahtu Reunion dia ada mesyuarat… kali ini pun sama,” katanya.