fbpx

“Masih Sayang Shuk Tapi Sebagai Kawan” – Rossa Sera

Selepas bertahun berdepan isu kecurangan, nampaknya kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera seperti sudah berada di penghujung.

Memetik Harian Metro, ditanya adakah dia masih sayang dan cintakan pelawak itu, Sera berkata hanya sebagai kawan sahaja.

BACA: Rossa Sera Akui Sukar Maafkan Shuk Sahar

Kata Sera lagi, dia juga tidak boleh menjanjikan peluang kedua buat suaminya itu apatah lagi sudah hampir lima tahun dia memendam rasa terhadap sikap Shuk.

“Peluang kedua? Saya tak tahu nak cakap perkara ni sebab ke depan macam mana. Tapi saya dengan dia okay sebagai kawan. Dalam masa sekarang ini tak boleh jamin. Untuk satu tahun ni, tak. Macam tu lah.

“Kalau ditanya ada rasa sayang tak, mestilah saya sayang dan cintakan dia, tapi tulah kawan sahaja macam tu. Saya tidak ada rasa lain,” katanya.

Dalam pada itu, Sera berkata dia tidak pernah menghalang Shuk bertemu dengan anak-anak mereka sebaliknya memberi kebebasan.

“Anak-anak memang dengan saya. Cuma masa Hari Raya Aidilfitri tempoh hari Shuk ada pergi jumpa anak di Sabah. Hubungan anak-anak dengan Shuk saya beri kebebasan, tidak ada had.

“Memandangkan Shuk sudah menetap di Pulau Pinang, jadi setiap kali ada kerja di Kuala Lumpur dia boleh saja melawat dan berjumpa anak-anak. Pendek kata hubungan anak-anak dengan Shuk tidak ada masalah,” katanya.

Bagaimanapun, apabila diminta untuk menjelaskan mengenai status perkahwinan mereka, Sera enggan mengulas lanjut.

“Maaf, saya tak boleh jawab yang ini. Saya minta maaf,” katanya.

Terdahulu, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan.