“Masalah Keluarga Biar Saya Saja Yang Telan”

Pelakon Nora Danish berkata meskipun dia berdiam diri mengenai isu membabiskan dirinya namun pasti akan mencetuskan spekulasi sehingga dituduh bermacam-macam.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nora berkata dia memilih untuk telan masalah keluarga dan menanggung semua kesalahan asalkan orang lain dapat bahagia.

BACA: “Hal Rumah Tangga Terlalu Peribadi” – Nora Danish Sangat Tertekan & Hiba

“Biar luaran nampak kita buruk kerana dari dulu saya bukan jenis suka mengaibkan orang sebab diri sendiri pun bukan sempurna.

“Masalah keluarga biar saya saja yang telan. Apabila kita membuat pilhan berdiam dan bertapi, terlalu banyak speulasi timbul sampai ditudh bermacam-macam. Tapi Alhamdulilalh saya dah bersedia. 

“Saya akan tanggung semua kesalahan asalkan semua pihak bahagia. Doa yang baik-baik buat semua pihak. Allah sebaik-baik perancang,” katanya.

Terbaru, Nora memaklumkan kes rumah tangganya dengan suaminya, Nedim Nazri masih belum selesai selepas dilaporkan sedang bergolak pada April lalu.

×