“Masa Usia 36 Hingga 39 Tahunlah Ujian Bertalu-Talu Sampai” – Puteri Sarah
Meskipun rumah tangganya sedang diuji, pelakon Puteri Sarah Liyana tetap tenang menghadapi ujian tersebut walaupun sebelum ini mendedahkan sudah bertahun memendam rasa.
Baru-baru ini, perkongsian Sarah menjadi perhatian apabila mengatakan usia antara 36 hingga 40 tahun adalah ‘kemuncak’ ujian yang bakal diterima setiap individu. Ujarnya, pada usia tersebut pelbagai ujian akan dihadapi namun baginya itu adalah tanda Allah sayang pada hambaNya.
BACA: “Dua Peguam Akan Datang Kepada Anda, Mana Mau Lari” – Puteri Sarah
“Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran tahap enam (maksimum). Tak kira lelaki atau perempuan. Di usia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun.
“Masa usia 36 hingga 39 tahunlah ujian bertalu-talu sampai dan kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari. Masa inilah ada rumah tangga yang gagal, hilang kerjaya, mula sakit, dikhianati sahabat sendiri, di uji dengan masalah kewangan, anak-anak membesar dan banyak akal.
“Ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat. Kenapa? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah Allah sayang. Dia jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
“Dia nak kita sujud dan istighfar kepada-Nya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat? Masuk sahaja usia 40 tahun, ‘all is new’,”tulisnya.
Dalam pada itu, Sarah berkata lagi apabila mencapai usia 40 tahun setiap individu sepatutnya sudah mencapai ketenangan serta mendekatkan diri kepada Allah.
“Masuk usia 40 tahun, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
“Itupun jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ . Tapi, jika kita ini asyik ulang silap yang lepas, diusia 40 nanti sama saja perangai sampai ke tua.
“Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa,” tulisnya.
dah ada bini cantik, g cari tenuk plakkkk.. x PAHAM aku si sul tuh
hanya jantan je yg tau menilai ‘kecantikan’ … cantik luaran tak bermakna cantik di dalam .. ada faham mangkok… mangkok ayun punya @Lahai…
Ntah le dulu aku umur 30 lbh ke 40 tahun aman damai jek sekeluarga, xde plak kena ujian ke apa. Mcm tu jugak laa kwn2 dan adik beradik aku. Umur 30-40an ni tngh sibuk membesarkan anak2 dan cari duit. Bg yg dah stabil ekonomi tu pulak mmg ni tngh time enjoy dgn family masing2. Kalau ada ahli keluarga yg sakit ke meninggal ke tu adat laa resam kehidupan…
Kena uji sikit dah gelabah tetek nk sembang ujian psl nabi konon…pigi daaa!!!!
apoooo?? Setiap orang lalui ujian dalam fasa mereka sendiri. Tak kira umur berapa sarah oii.. Ada yang dikhianati dengan suami pada umur 30. Ada yang hilang kerjaya diusia 20an. Ada yang hilang parents diusia 6 tahun. Kadang tu ada yang terima ujian sampai ketua. Apo kono mengono dengan umur 36-40 pulak?
@Yok’ Oo Jek Ko Ni Sarah Weyyy!!!
aku setuju cakap ko. aku tak suka klw ada kelemahan dalam family, kita salahkan org ketiga terus. tgk diri dulu, apa masalah diri sendiri. lepas tu tgk pasangan kita, kenapa dia pandang selain kita. jika dia baik, dia pun sama je mcm kita, istiqamah. duduk berbincang elok2, bukan jaja masalah rumahtangga kat org luar. kenapa nak malukan suami sendiri, bapak anak ko. aku tak bela lelaki yg dayus atau curang tanpa sebab… ini masalah rumahtangga, korang je yg tau apa masalah korang. tak baik bawa org luar sekali campur masalah keluarga… ianya tak membantu apa2 pun malah merumitkan lagi keadaan ada la… jawapan dari Jantan macho…
gelek2 nari ala2 tenuk yg tu org kata cantik dalaman? siyes ar weh hahahhaha
Sarah patut stop dh cerita psl rumahtangga dia..
Nk saman, saman je diam2…
takut nnt dpd org kesian, jd meluat pulak.
Jgn over expose…hokay sarah???
Apapun moga dipermudahkan semua urusan..
Kesian aku tgk ps ni..agaknya dulu dia ingt dpt si syamsul aman le hidup smpai mati sb xkan anak yusuf haslam nk curang kat dia..msti dia x sangka si syamsul akan berubah ht pada pompuan yg kurang cantik dr dia..tp tu lah..msti ada kelebihan si ira tu pada si syamsul..
INI DITUJUKAN PADA SEMUA YANG BELUM BRRKAHWIN.
Kita ni kalau nak pasangan yang sayang kita, layan kita macam permaisuri, nak yang baik, nak yang setia, janganlah kita MENYUNDAL.
Ingat, tuhan akan bagi dekat kita apa yang kita bagi dekat orang. Kalau kita bagi sisa, kita akan dapat sisa.
So apa sahaja ciri pasangan yang kita nak, kita pun kena pastikan kita ada ciri yang sama.
Kalau diri ni dah rosak, tak payahlah nak berharap dapat pasangan yang elok.
@baca fahami dan renungkan. emmm part ni aku 50/50. boleh jadi ya. Boleh jadi entah. Cuba kau bayangkan.. Selalunya “what u give u will get back”. Jadi adakah setiap wifey2 yang meroyan di social media kata suami mereka ada scandal tu sebab karma dolu2 time wifey2 tu tengah muda.. mereka juga pernah menyondol suami orang?
kadang bila mereka kata suami mereka kena sondol. Maknanya mereka pun pernah sondol suami orang kah time mereka muda? Ataupun orang kata sebab karma dari mak dan bapa kita?
contoh:- mak kita pernah sondol suami orang. So now suami anak perempuannya pula disondol.
Atau bapa mereka pernah lukakan hati seorang perempuan. So Now anak perempuan dia pulak suaminya kena sondol ????
emmmmmm karma karma. Pening aku memikirkannya hhahahaha. Suami orang kena sondol. aku pulak yang pening.
Atau mungkin geng wifey2 ni tak pernah sondol suami orang . Tapi mereka pernah sondol boyfriend atau tunang orang? Kira sondol la jugak tu kan? emmm pening sis dengan kifarah ni. Nasib weols tak pernah sondol BF, tunang, suami orang . kikikkkiki
bukan ujian, tuhan jatuhkan bala
Kah kah lah ..m last last jadi penuggang agama … Semua suddenly Islamic …..
Org laij okay aje umur umur tuuuuu …ko tu yg gelabah taik minyak ….
Tell the truth la …. Ko sayang nak tinggal laki ko pasai duit dia kan …
Kalao tak dah lama ko angkat kaki
Lopak pun sondol tunang org kan …..
Kepala hotak kau, apa ke bodoh punye hipotesis, mana data to support your clain umur 36 – 40 tahun diuji. Mungkin kau sorang je di uji, cuba tanya diri, adakah saya seorang isteri misali?
Makin hari makin menyampah.
Syamsul, ko amik je la iza tu.
Aku yang mula kesian jadi menyampah dah. X matang. Selfie non stop masa umrah. Attention seeker. Kalau pergi umrah, blh x concentrate je. Dok media sosial buat apa. Kalau nak kata lawa, biasa je aku tgk. Dulu aku pk jugak nape la syamsul nk cri lain lagi. Dah ada anak bini. Tp jawapan Hanya syamsul yang tau kurang kat mana.
Setuju ‘Aa’. Buat umrah pon kemain nak selfie posing bagai, makeup etc etc pastu buat caption sedih2 and acah strong. Hmmm org patutnya kat sana focus on ibadah umrah tu jeee. Huhu #donekepochie
Bising la pompan. Sebab tu org selalu ckp, kalo laki buat hal, kite jgn asik nk salahkan lelaki n org ketiga. Makin ko buat kecoh makin terbukak pekong ko nti. Ape motif ko asik nk up segala hal? Nk tunjuk konon ko mangsa, stronh woman konon? Ramai lg org hidup sentiase diuji tak takla kecoh mcm ko. Poyo
kite xda kat tmpt dia.. biarlah tu cara dia.. mak2 yg lain doakan je lah Sarah ni terus kuat.. laki mak2 sume x kena sondol boleh la ckp mcm2.. tah2 lg teruk meroyan kalau kena kat btg idung sendiri..