fbpx

Masa Untuk Healing Dah Tiba, Air Asia Buat Promo Kaw-Kaw Kali Ni!

Berita baik buat yang ternanti-nanti masa untuk sendirian, time ni korang dah tak boleh tunggu lama-lama memang kena beli tiket terus sebelum sold out!

Yang mana baru putus cinta, kecewa dengan apa yang berlaku, korang bolehlah healing bersama AirAsia. Bersempena dengan AirAsia’s 21st Birthday Sale  pelbagai pakej menarik ditawarkan dengan harga yang tak masuk akal. Memang murah habis!

Bermula 28 November  hingga 4 Disember 2022 semua penerbangan ke Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu, Krabi, Singapura, Phu Quoc dan banyak lagi hanyalah bermula dari RM21 jer. Berbaloi sangat harga macam ni!

Tempoh penerbangan bermula sekarang sehinggalah 30 Mac 2024. Korang yang kerja time tu cepat-cepat minta cuti okey! Harga tengah murah ni bukan senang nak dapat sale dari Air Asia ni.

Bukan tu saja, korang juga boleh terbang lebih jauh dengan AirAsia X daripada RM399 dan Premium Flatbed daripada RM1499. Tempat-tempat yang ditawarkan dalam pakej ni sesuai buat korang yang nak honeymoon atau sambut anniversary.

Bukan apa tempat dia super duper romantik. Seperti Perth, Taipei, Tokyo, Seoul, Melbourne, Auckland, Jeddah dan banyak lagi lah!Tapi korang jangan lupa booking pula. Sebab pakej ni ada tarikh tamatnya.

Jadi korang yang nak honeymoon tu boleh lah booking bermula sekarang sehinggalah 30 Apr 2023.

Korang tunggu apa lagi, download cepat airasia Super App untuk booking tiket penerbangan mengikut tarikh yang korang free. Ingat! Jangan lambat-lambat kalau tak melepas lah korang nak healing. Bertambah lagi kesedihan di hati tu nanti.

Banyakkan promosi yang korang boleh nikmati? Jadi apa tunggu lagi jom rancang perjalanan dengan AirAsia dan jangan lupa untuk ikut pelbagai promosi hebat AirAsia di laman rasmi AirAsia, Facebook, Instagram dan Twitter.