fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai gosip penyanyi Shila Amzah yang dikatakan bercinta dengan penyanyi Amir Masdi.

Memetik BH Online, menerusi temu bual bersama Melodi, Shila berkata dia tidak faham mengapa ada pihak sanggup menggosipkan dirinya dengan Amir sedangkan dia menganggap penyanyi itu sebagai adik sahaja.

BACA: Shila Amzah Tak Rasa Apa-apa Pun Bila Sebut Nama Sharnaaz

“Allah, yang istimewanya ialah dia kawan kepada adik saya, lagipun dia baya umur -umur adik saya. Saya pun anggap dia macam adik sahaja.

“Tak faham kenapa ada orang nak gosipkan saya dengan Amir Masdi sebab dia pun masih baru, masih hijau dalam industri ni. Tapi, biasalah kena gosip-gosip ni. Saya tak kisah pun. Tapi dia buat saya rasa kelakar lah… Tak baik nak gosip-gosip saya macam ni,” katanya.

Ditanya mengenai alasan yang diberikan mungkin sekadar mahu menyembunyikan hubungan sebenar, Shila menegaskan dia telah meletakkan jurang persahabatan terhadap Amir.

“Nak menyorokkan hubungan apa? Dia dah jadi adik… kita dah letak jurang tu. Tak baik tau,  kalau dia betul-betul teman lelaki kita, sentap hati orang tu,”  katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata dia kini sibuk dengan kerjaya serta anak tunggalnya, Seth Uwais serta mengakui tiada masa untuk bercinta.

“Saya bercinta dengan kerja sekarang ini. Nak luangkan masa dengan anak pun kadang tak cukup waktu apatah lagi nak bercinta… kesian teman lelaki saya kalau ada,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai gosip percintaan Shila dan Amir apabila keduanya dilihat sering melakukan aktiviti bermain badminton bersama.