fbpx

Mas Idayu Tak Letak Harapan Timang Zuriat

Penyanyi Mas Idayu berkata dia sudah lama berhasrat untuk menimang cahaya mata lelaki namun dia tidak meletakkan harapan tinggi apatah lagi usianya kini sudah mencecah 50 tahun.

Memetik Harian Metro, Mas Idayu berkata bakal suaminya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa juga tidak memaksa dalam perkara itu.

BACA: Peluk Pinggang & Saling Berpandangan, Netizen ‘Bersemut’ Tengok Pre-Wedding Mas Idayu

“Sebenarnya dari dulu saya memang idamkan nak anak lelaki yang sekian lama juga belum dapat milikinya. Nak ikutkan, saya boleh dan tiada masalah sebab baru ada seorang anak dan tak pernah pun ada masalah lain.

“Tapi saya takut juga ada yang cakap risikonya tinggikan. Jadi, bakal suami pun tiada masalah mengenai hal itu. Sekarang ini, kita cuma nak hidup bahagia sebagai satu keluarga. Jadi, itu tak penting,” katanya.

Menurut Mas Idayu lagi, dia juga sudah mendapatkan nasihat doktor bahawa tiada masalah untuk hamil lagi namun baginya kesihatan lebih penting.

“Sebenarnya ada juga doktor cakap saya tiada masalah sebab anak baru seorang. Tapi itulah nak elak risiko. Selalunya wanita yang hamil pada usia 40-an, tiba-tiba timbul pelbagai penyakit dan itu yang kita tak nak,” katanya.

Mas Idayu dan Sufian bakal diijabkabulkan pada Jumaat ini di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi dan pada sebelah malam akan diadakan majlis resepsi.