Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dengan penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian, penyanyi Mas Idayu mengakui gementar menuju hari bahagianya itu.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Astro Gempak, Mas Idayu berkata mereka sama seperti pasangan lain turut berdepan ujian ketika persiapan perkahwinan dijalankan.
BACA: Hitung Hari Bahagia, Mas Idayu Dah Terima ‘Tanda’ Dari Bakal Suami
“Betul, perasaan takut itu ada. Saya sangat gementar memandangkan majlis nikah semakin dekat.
“Banyak ujian yang saya lalui ketika sedang menunggu ke tarikh perkahwinan. Contohnya, sebelum ini belum pernah bermasam muka, tapi kami bersama muka waktu tempoh melaksanakan persiapan.
“Mungkin juga dugaan dan ujian buat kami. Apa yang saya harapkan agar saya dan pasangan akan terus pandang ke depan, tanpa menoleh ke belakang,” katanya.
Pada Mei lalu, Mas Idayu memberitahu dia sudah menerima tanda yang dihantar oleh bakal suaminya itu dan pasangan itu dijangka diijabkabulkan pada September depan.