Anak sulung kepada pelakon Fizo Omar iaitu Wan Maryam menjadi perhaitan ramai ketika bersiaran langsung di TikTok bersama ibunya, Mawar Karim.
Menerusi potongan video yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok, Maryam meluahkan seolah kurang mendapat perhatian bapanya selepas dikurniakan tiga cahaya mata bersama isterinya, Fazeera Nazri.
BACA: Tak Sabar Jadi Kakak, Galagat Maryam Cium Perut Buat Ramai Teruja
“Maryam tengok macam daddy (Fizo Omar) tak sayang. Awak ada ramai anak tapi anak sulung awak… merasakan seperti awak dah tak suka padanya lagi,” katanya.
Sementara itu, dalam potongan video lain Mawar menjelaskan Maryam menyayangi adik-adiknya dan turut membelikan hadiah untuk mereka.
“Siapa kata tak suka, Maryam suka adik-adik dia siap belikan hadiah. Kejap lagi nak pergi jumpa.. Maryam bagus dia cari sendiri hadiah,” kata Mawar.
Dalam pada itu, Mawar berkata perkara itu biasa di kalangan adik beradik yang ramai tambahnya lagi, kanak-kanak dari ‘broken family’ akan rasa insecure serta merasakan diri tidak disayangi.
“Budak-budak.. biasalah kalau ada ramai adik-beradik mesti gaduh juga.Cuma, siapa dari ‘broken family, budak akan insecure nanti fikir ‘mak atau ayah dah tak sayang ke’. Diia sayang adik-adik dia,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memahami apa yang disampaikan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun itu. Malah, ada netizen mengatakan perkara tersebut adalah biasa bila mempunyai ramai adik beradik serta meminta perkara tersebut tidak diperbesarkan.
