Hangat diperkatakan mengenai anak pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania dikhabarkan telah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Memetik mStar Online, sumber terdekat berkata Marissa dan Aslam bernikah ketika isteri pertama lelaki itu berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
BACA: Unfollow Ibu Bapa Di IG, Marissa Dania Tutup Komen
Sumber berkata, Marissa yang mengajak Aslam untuk berkahwin selepas lelaki itu rujuk dengan isterinya, Misya Mazlan pada Oktober tahun lalu.
“Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya. Aslam juga dah beritahu Misya dia dan Marissa mahu berkahwin.
“Marissa yang mengajak mereka berkahwin selepas Aslam rujuk dengan Misya pada Oktober tahun lalu,” kata sumber.
Dalam pada itu, sumber berkata kedua-dua belah pihak keluarga mengetahui tentang berita pernikahan pasangan tersebut, malah Norman dan Abby sudah bertemu dengan keluarga Aslam.
Menurut sumber lagi, Norman dan Abby tidak bersetuju dengan pernikahan tersebut serta meminta anaknya dan Aslam untuk berpisah namun tidak dipersetujui oleh pasangan tersebut.
“Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahun mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan minta mereka berpisah.
“Bagaimanapun, Aslam dan Marissa tak dapat terima cadangan itu dan enggan berpisah seperti diminta,” kata sumber.
Kata sumber lagi, pasangan itu juga masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia dan hubungan Aslam serta isteri pertamanya dikatakan kembali retak selepas Marissa muncul kembali.
“Misya dan Marissa kini bermadu. Hubungan Aslam dan isteri pertama juga tidak seperti sebelum kehadiran orang ketiga,” katanya.