Meskipun jarang muncul di media, namun peminat dunia hiburan masih ramai yang mengikuti perkembangan pengacara Marion Caunter yang masih cantik meskipun sudah memiliki tiga cahaya mata.

Memetik Utusan Online, isteri kepada SM Nasaruddin itu berkata dia mengakui ‘letih’ dilabel cantik hanya kerana kehidupannya yang mewah.


BACA: Marion Caunter Perjelas Kenapa Masih Sambut Hari Krismas

Menurut Marion, baginya kecantikan turut memerlukan kerja keras dan disiplin. Tambahnya, perkata yang perlu diberi perhatian adalah disiplin soal makan.

“Banyak kali saya dengar orang cakap Marion ada duit, bolehlah cantik… kalau tidak, lebih baik dia bunuh diri. Hakikatnya, cantik bukan soal ada duit, pokok pangkalnya diri dan disiplin.

“Contohnya, jika anda berduit, banyak acara yang perlu dihadiri termasuk disajikan makanan yang sedap. Tanpa disiplin tentang soal makan, pasti saiz badan boleh mengembang dan tidak cantik,” katanya.


Kata Marion lagi, selain disiplin dia juga mengelakkan daripada melakukan rawatan wajah secara berlebih-lebihan dan lebih selesa proses penuaan dilalui secara semula jadi.

“Saya elakkan rawatan berlebihan atau guna terlalu banyak produk. Setakat ini saya cuma buat laser, namun kesibukan menyebabkan saya sukar cari masa untuk melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Marion berkata dia juga sama seperti wanita lain yang takut dengan masalah kegemukan dan serta berkongsikan rutin dietnya lazimnya diselangi dengan cheat day.

“Sudah tentu saya risau gemuk, apatah lagi berada dalam industri ini kerana perkembangan kita sentiasa diperhatikan peminat.

“Saya kawal pemakanan dan sejak beberapa bulan lalu saya mengurangkan pengambilan gluten dan susu atas faktor kesihatan kerana mudah mengalami kembung perut.

“Ada orang kurus dan cantik tetapi stres sebab terlalu menjaga makan. Bagi saya bersederhana dan gembiralah dalam setiap apa yang dilakukan,” katanya.