Perkongsian selebriti popular, Marion Caunter memuat naik gambar menyambut perayaan Hari Natal di Instagram mengundang rasa kurang senang netizen.
Seperti sudah dijangka, ada yang memberi komen sindiran serta kritikan terhadap selebriti itu kerana memuat naik gambar seolah meraikan perayaan yang disambut oleh penganut agama Kristian.
BACA: Marion Caunter Letih Dilabel Cantik Sebab Ada Duit
View this post on Instagram
Menerusi beberapa gambar dikongsikan, Marion bersama suami dan anak-anak bergambar mengenakan pakaian rona hitam dan merah berlatar belakangkan pokok krismas.
Diruangan komen, ada segelintir netizen bertanyakan mengenai agama sebenar selebriti itu serta memberikan nasihat bahawa perayaan tersebut tidak boleh disambut oleh orang Muslim.
Untuk rekod, Marion Caunter mendirikan rumah tangga dengan usahawan syarikat Naza Group, SM Nasarudin pada Disember 2020. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.