fbpx

Mantap! 3 Level Berlainan HUAWEI MatePad Ini Buatkan Anda Tak Cari Lain

Kalau anda perasan, sejak 2 tahun kebelakangan ini permintaan tablet semakin meningkat. Malah pilihan tablet di pasaran sekarang ini semakin banyak pula tu. Rambang mata juga nak pilih mana yang lebih memenuhi keperluan anda.

Jangan risau, sama dengan telefon HUAWEI; tablet HUAWEI juga mempunyai 3 level tablet yang mungkin memenuhi citarasa anda iaitu MatePad Pro, MatePad dan juga siri MatePad T.

Masing-masing mempunyai ciri dan spesifikasi yang pasti membuatkan anda tak cari yang lain dah. Jom kita usha satu persatu.

1. Flagship Level

HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci

MatePad Pro adalah tablet terbaik bagi anda yang secara tercari-cari peranti terbaharu untuk memudahkan urusan harian anda.

Tablet ini menampilkan paparan OLED berukuran 12.6-inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel dan menyokong penggunaan stylus.

Ia juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 9000E, memori RAM 8GB dan storan 256GB serta bateri berkapasiti 10,050mAh.

Selain mempunyai gamut warna tahap filem DCI-P3, pengalaman menonton dengan HUAWEI MatePad Pro ini pasti akan jadi lebih nyata kerana warna serta perincian visualnya yang sangat power.

Ia juga dilengkapi dengan 8 pembesar suara. Memang terbaik untuk hiburan kerana memberikan nada dan perincian yang sangat jelas.

MatePad Pro juga dilengkapi dengan sistem 3 kamera di bahagian belakangnya iaitu lensa 13MP, lensa sudut lebar 8MP dan TOF 3D.

Manakala kamera hadapan pula menggunakan lensa 8MP dengan sokongan rakaman 1080p.

HUAWEI MatePad Pro ini juga boleh berkongsi dengan telefon pintar dan PC selain didatangkan dengan HUAWEI M-Pencil serta papan kekunci magnetik bagi membolehkan anda meningkatkan pengalaman menggunakan tablet ini.

Ia juga mempunyai pengecasan 40W SuperCharge di mana ianya dapat dicas sepenuhnya dalam masa 2 jam sahaja dan boleh bertahan sehingga 14 jam. Wow!

Anda nak tahu apa yang paling best? Ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar terbalik maksimum 27W yer. Sebagai contoh, semasa anda dalam perjalanan, banyak peranti seperti jam tangan, dan telefon dapat “dihubungkan” dengan panel belakang tablet untuk membolehkan pengecasan tanpa wayar yang dalam perjalanan dan menjimatkan masa anda. Fuh, padu betul.

Warna-warna pun menarik tau gais. Terdapat dalam Matte Grey dan Olive Green pada harga yang berbeza. RM3,999 (Matte Grey dengan papan kekunci) sementara Olive Green (RM4,399 dengan pakej pensil dan papan kekunci M)

Secara keseluruhan, HUAWEI MatePad Pro adalah sebuah tablet yang berkuasa, ringan serta berkualiti. Jadi, dari aspek fizikalnya, rekaan, keselesaan memegangnya adalah sangat memuaskan!

2. Mainstream Level

HUAWEI MatePad 11

HUAWEI MatePad 11 ini menggunakan panel LCD 10.95 inci jenis TFT dengan kadar segar semula sehingga 120Hz; pergerakan dan visual yang lebih lancar serta resolusi melebihi 2K.

Buat pertama kalinya HUAWEI menggunakan cip Snapdragon 865 yang masih lagi berkuasa dan memuaskan jika digunakan pada masa sekarang.

Memori yang ditawarkan adalah 6GB RAM dengan storan dalaman sehingga 128GB.

HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua direka dengan 4096 sensitiviti tekanan dan sensitiviti sengetan (tilt). Penggunaan peranti ini seperti menulis menggunakan pensel dan kertas.

Dengan teknologi terkini Harmony OS, HUAWEI MatePad 11 boleh digunakan sehingga 12 jam untuk mainkan video 1080p HD dan 12 jam untuk tugasan berkait produktiviti dengan hanya sekali cas jer!

Dilengkapi quad-speaker beramplitud besar, HUAWEI MatePad 11 bakal memberikan pengalaman audio paling padu untuk anda. Histen 7.0 yang dipertingkatkan dari segi bass kini dilengkapi dengan sound field enhancement algorithm. Bila anda main game atau layan movie, memang pengalaman audio akan jadi luar biasa syiok!

HUAWEI MatePad 11 juga dilengkapi bukan 1 atau 2, tapi 4 mikrofon untuk mendapatkan bunyi paling tepat dan jitu. Tak perlu risau kalau-kalau ada gangguan bunyi bising latar belakang semasa meeting online.

Selain itu, Huawei Share pada telefon dan komputer riba tersedia untuk MatePad Pro dan MatePad 11 yang menjalankan sistem Harmony OS.

Oh ya, untuk info anda, ada 3 mod tersedia untuk kolaborasi pelbagai skrin pada PC-Tablet anda tu iaitu

1. Mirror Mode

Layar pada komputer riba dapat di’cermin’kan ke tablet, yakni menunjukkan kandungan yang sama.

2. Extend Mode

Kedua-dua tablet dapat menyokong sebagai paparan tambahan untuk komputer riba dan bukannya membuka beberapa tab dalam satu peranti. Perbandingan pada fail kerja yang berbeza juga dapat dibuat dengan membuka tingkap lain pada tablet. Ia juga mampu membuat perbandingan pada bila-bila masa di mana sahaja dengan kedua-dua peranti tersebut.

3. Collaborate Mode

Apabila menggunakan aksesori komputer riba seperti papan kekunci untuk menaip atau membuat nota pada tablet serta tetikus PC untuk menyeret dan melepaskan fail (seperti plan perniagaan, carta dan presentation) antara kedua-dua peranti adalah lebih lancar dan menjimatkan masa berbanding dengan memindahkan kandungan merentasi tablet dan PC menggunakan pemacu kilat USB, atau aplikasi pihak ketiga yang lain.

HUAWEI MatePad 10.4

Tablet ini akan dilengkapi skrin bersaiz 10.4-inci IPS dengan resolusi 2000 x 1200 piksel. Ia juga menggunakan cip HiSilicon Kirin (Wifi), Kirin 810 (LTE) memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 7,250mAh.

Ia juga menggunakan sensor sebesar 8-Megapixel untuk kedua-dua belah kamera hadapan dan belakang termasuklah sokongan Bluetooth 5.1, Wi-Fi 6selain dilengkapi dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil.

Sistem pembesar suara quad dengan kesan suara Huawei Histen6.1 oleh Harman Kardon ini juga pasti membuatkan anda layan jer kalau tengok movie atau dengar muzik.

Untuk versi LTE, anda boleh dapatkan hanya secara online dengan penawaran 4+64GB, manakala storan yang lebih besar 4+128GB, anda boleh dapatkan secara online atau di mana-mana kedai retail dengan harga RM1,499 sahaja!

3. Entry Level

HUAWEI MatePad T10S dan T10

Dengan skrin layar FHD 10 inci dan masih mempunyai pelindung mata yang diperakui oleh TUV Rheinland yang mana anda tak akan rasa sakit mata kalau tengok lama-lama movie nanti. Ia mengurangkan cahaya biru yang berbahaya pada mata anda tu nanti. Jadi kalau guna lama-lama tak ada masalah sakit mata tu dan mata anda pasti akan selesa.

Bukan itu jer, ada kids corner yang mana anda boleh menapis kandungan dan pengurusan aplikasi.

MatePad T10 ini juga adalah model eksklusif yang anda boleh dapatkan secara online dengan 2+32GB, T10S dalam versi 2+32 LTE juga secara runcit dan dalam talian!

Aplikasi Produktif Memang Sesuai Sangat Ketika Ini

Tak kira lah anda bekerja dari mana sekalipun, yang penting kenalah produktif. Nak pula sekarang ini ramai yang bekerja dari rumah, jadi perkara yang menjadi keutamaan adalah adanya aplikasi produktif dalam peranti anda tu. Baru lah mudah nak buat kerja walau di mana pun anda berada.

Tablet dari Huawei ini adalah antara peranti yang boleh bantu anda lebih produktif bekerja. Anda boleh check di bawah:

Aplikasi Produktif untuk WFH

1. Zoom: Cari Zoom di AppGallery >> Muatnaik dari Zoom >> Install
2. Google Meet: Boleh dilancarkan melalui AppGallery >> Cari Google Meet >> Lancarkan sebagai Quick app (Web Browser) dan boleh tambah Shortcut di Skrin Utama. (Tidak boleh berkongsi skrin)
3. Google Classroom: Boleh dilancarkan melalui AppGallery >> Cari Google Classroom>> Lancarkan sebagai Quick app (Web Browser) dan boleh tambah Shortcut di Skrin Utama.
4. Microsoft Word/Excel/Powerpoint, WPS office: Ada di AppGallery dan anda boleh muat turun terus.

Aplikasi untuk Email

1. Microsoft Outlook: Boleh dilancarkan melalui AppGallery >> Cari Microsoft Outlook >> Lancarkan sebagai Quick app (Web Browser) dan boleh tambah Shortcut di Skrin Utama.
2. Gmail: Boleh dilancarkan melalui AppGallery >> Cari Gmail >> Lancarkan sebagai Quick app (Web Browser) dan boleh tambah Shortcut di Skrin Utama.
3. myMail-Email untuk Hotmail, Gmail dan Outlook: Ada di AppGallery dan anda boleh muat turun terus.

Aplikasi Sosial untuk sentiasa berhubung dengan orang tersayang

1. Telegram, Tinder, Wechat, Line: Ada di AppGallery dan anda boleh muat turun terus.
2. Twitter: Boleh dilancarkan melalui AppGallery >> Cari Twitter >> Lancarkan sebagai Quick app (Web Browser) dan boleh tambah Shortcut di Skrin Utama.
3. WhatsApp’s: Cari di AppGallery >> Buka WhatsApp Messenger >> Pergi ke Web Browser dan muat turun.
4. Facebook: Cari di AppGallery >> Buka Facebook >> Pergi ke Web Browser dan muat turun.
5. Instagram / Messenger: Cari di AppGallery>> Muat turun melalui Petal Search (dalam AppGallery) atau boleh dilancarkan melalui AppGallery >> Cari Instagram >> Lancarkan sebagai Quick app (Web Browser) dan boleh tambah Shortcut di Skrin Utama.

Beli-belah

Aplikasi untuk beli belah: Shopee, Lazada, Mudah, Shopback, Taobao, Zalora boleh dimuat turun terus di AppGallery.

Hiburan

1. Netflix: Cari di AppGallery>> Muat turun melalui Petal Search (dalam AppGallery).
2. Astro Go, Viu TV, Iflix: Boleh dimuat turun terus di AppGallery.

Games

1. Mobile legend, Garena FreeFire, Honkai Impact3, Lords Mobile: Boleh dimuat turun terus di AppGallery.
2. Roblox: Boleh dilancarkan melalui AppGallery >> Cari Roblox >> Lancarkan sebagai Quick app (Web Browser), sambung di browser dan boleh tambah Shortcut di Skrin Utama.
3. Clash of Clans: Cari di AppGallery>> Muat turun melalui Petal Search (dalam AppGallery).

Ada lagi aplikasi yang tidak didapati atau susah dimuat turun?

Anda boleh muat turut Gspace daripada AppGallery dan log masuk Google akaun anda, pastu muat turut aplikasi yang anda mahukan dalam Gspace ini.

Perlu perhatikan bahawa Gspace ini ada iklan pop-up.

Dapatkan Sekarang!

Semestinya ada model yang sesuai dengan anda! HUAWEI MatePad Pro sesuai untuk tujuan hiburan kerana ia memberikan kenikmatan hiburan yang mengagumkan dengan OLED dan 8 pembesar suara pada tablet itu sendiri.

MatePad 11 pula midrange yang memberikan visual yang sangat lancar dengan kadar penyegaran 120hz sementara MatePad 10.4 adalah pilihan yang lebih murah bagi anda yang memilih tablet yang boleh digunakan bersama dengan papan kekunci dan pen dan menawarkan versi simkad LTE / versi wifi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tablet Huawei, anda boleh kunjungi website di LINK INI atau boleh lihat di Shopee dan Lazada Huawei atau pun anda boleh ke Huawei Store berdekatan.