fbpx

Manfaat Bajet 2022 Sampai Ke Akar Umbi! Ini Antara Pencapaian Bagi Rakyat

Sedar atau tidak, kita sekarang ini sudah menghampiri akhir tahun. Sekarang pun kita berada di pertengahan bulan September tau. Kejap betul masa berlalu.

Apabila sudah hampir kepada hujung tahun ni, antara perkara yang bermain di fikiran kita adalah pembentangan Bajet 2023. Mana tidaknya, pasti anda salah seorang yang tertunggu-tunggu dan ingin tahu apa pula intipati yang bakal dibentangkan untuk Bajet 2023 pada 7 Oktober ini kan? Fuh, berpeluh juga ni menunggu.

Mengikut Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Profesor Geoffrey Williams, Bajet 2023 diramal akan mencatatkan perbelanjaan keseluruhan yang lebih tinggi berbanding bajet yang dibentangkan sebelum ini.

Di samping itu juga, ia turut menggariskan senarai projek yang lebih panjang bagi menyokong pemulihan ekonomi pasca-COVID-19. Sumber: Astro Awani

Nervous pulak kan? Agak-agak apalah inisiatif yang bakal dibentangkan nanti. Sama-sama kita tunggu okay.

Sekarang ini jika dilihat pencapaian Bajet 2022, kami pasti ramai yang berpuas hati malah perbelanjaan yang diperuntukkan Kerajaan Malaysia untuk rakyat dapat membantu rakyat dalam pelbagai segi.

Oleh itu mari kita lihat senarai pencapaian Bajet 2022 untuk anda (rakyat) setakat 31 Ogos 2022.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM adalah salah satu inisiatif tunai kerajaan dalam membantu anda yang betul-betul memerlukan bagi meringankan kos sara hidup.

Pembayaran BKM telah dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Penerima BKM yang berstatus lulus boleh mengemaskini maklumat asas bermula 12 September 2022 hingga 29 September 2022.

Bayaran fasa ketiga telah pun disalurkan kepada penerima yang layak pada 20 September sehingga 27 September 2022 baru-baru ini. Dah ada yang terima ke belum tu?

Untuk pengetahuan anda, sebanyak RM7.15 bilion dibelanjakan dan melibatkan 8,608,951 penerima! Ye, anda adalah salah seorang penerimanya. Hiks

Program e-Pemula RM150

Kredit imej: Utusan Borneo Online

Program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai diperkenalkan kerajaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 atau ePemula.

Program ini dapat meringankan beban kewangan belia. Sebanyak RM266.03 juta dibelanjakan untuk 1,773,514 penerima!

Agenda Perpaduan

Kerajaan turut menyediakan geran RM6,000 bagi setiap kawasan Rukun Tetangga bernilai RM47.56juta yang melibatkan 7,927 penerima.

Pada anda yang belum tahu, Rukun Tetangga ini ditubuhkan pada tahun 1975 dan diiktiraf sebagai salah satu jentera perpaduan yang menyumbang kepada keharmonian, keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat yang menjadi tonggak dan penggerak kepada inisiatif membangun dan menyatupadukan komuniti di Malaysia khususnya di peringkat akar umbi.

Peranan ini telah diperkasakan melalui Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 yang merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara untuk menjadikan Rukun Tetangga sebagai entiti yang penting dan inklusif serta berupaya menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang kepada komuniti.

Jamin Kerja

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam/GLC dan juga rakan strategik untuk warganegara Malaysia 18 tahun keatas, lepasan sekolah/SPM, golongan OKU.

MySTEP bernilai RM101.43 juta telah dibelanjakan dan melibatkan 11,703 pencari kerja.

Memantapkan Perkhidmatan Neonatologi & Pediatrik

Kredit imej: Hospital Ampang

Selain itu, Kerajaan turut memantapkan perkhidmatan Neonatologi dan Paediatrik di hospital-hospital KKM yang menelan belanja RM24.49 juta dan melibatkan 64 penerima.

Upskilling & Reskilling SLDN

SLDN adalah singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ yang membawa maksud latihan dalam dua situasi pembelajaran iaitu pembelajaran di tempat kerja dan institut latihan.

Untuk info anda, SLDN ini dikendalikan melalui usahasama daripada syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kredit imej: Kemahiran KBS

Bagi program ini, nisbah amali teori adalah:-
a. 70-80% latihan amali di industri
b. 20-30% adalah berdasarkan latihan teori di pusat latihan (penilaian menerusi pembelajaran di dalam kelas)

Dan pencapaian bagi upskilling and reskilling SLDN ini bernilai RM11.83 juta dan melibatkan 3,503 peserta.

Amacam gais? Kalau dilihatkan pencapaian Bajet 2022 yang diberikan untuk rakyat sehingga 31 Ogos ini ia sangat membantu rakyat Malaysia. Anda dapat lihat sendiri bahawa kerajaan sangat komited untuk menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi memastikan menjamin kualiti perkhidmatan kepada anda.