Man Raja Lawak Kongsi RM50k Hadiah MLM 2019 Buat Golongan Susah
Disaat ada segelintir selebriti didakwa meminta bantuan dari kerajaan sedangkan mereka sering menayang kewewahan sehingga dikecam teruk oleh netizen, namun ada beberapa selebriti tidak meminta-meminta sebaliknya memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Terkesan dengan kesusahan yang sedang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia, Man Raja Lawak sanggup berkongsi wang kemenangan yang diraihnya bersama Puteh selepas diumumkan Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bagi meringankan beban orang ramai.
Menurutnya, situasi yang berlaku sekarang cukup memberi kesan kepada semua orang termasuk dirinya sendiri. Menerusi perkongsian di Instagram, Man dengan seikhlas hati telah memperuntukkan wang berjumlah RM50,000 hasil dari kemenangannya.
Man berkata dia berharap bantuan kecilnua ini dapat dimanfaat sebaiknya dan mengalu-alukan mereka yang memerlukan bantuan untuk menghantar mesej peribadi (DM) di akaun Instagramnya.
Ujarnya lagi, dia akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan agar mereka yang benar-benar layak sahaja boleh menerima bantuannya dan sekiranya tiada sebarang respons bermakna permohonan mereka itu gagal.
tepok!!! mcm ni la…artis bukan berlagak show off kereta, rumah, motor, bisness bagai last2 melalak mintak bantuan khas..netizen pun meluatttt!
Vivy Yusof mana?
Ini x leh jadi….artis2 melalak sila minta bantuan khas…termasuk voucher kt mydin…hok hok hok
Haha senyap terus si Alif Syukri dgn Sajat yer??!
Lofa ckp kain x leh amik kat port lagi nk bayar gaji 60 pekerja how? Org2 kaya kisah pasal rugi je. Org lain struggle nk hidup nk beli makanan.
Tahniah brader Man… contoh yg terbaik. wlwpun tak masyuk sangat macam Nabil, Shuib dan lain2, perkongsian apa yg kita mampu adalah digalakkan dlm agama kita. Terbaik bro…
Tahniah man raja lawak. Walau pun sis x tengok sgt lawak anda saya salute anda. Dan doa saya semoga anda dilapangkan rezeki serta sihat sentiasa
Thumbs up Man raja lawak