fbpx

Man Bai Bakal Rakam Single Terbaru Selepas ‘Kau Ilhamku’

‘Kau Ilhamku’ Lagu berhantu bagi mereka yang melalui era 80-an dan sehingga kini masih lagi menjadi pilihan di karaoke dan siulan anak muda di sini yang menandakan lagu tersebut tidak lapuk ditelan dek zaman.

Selepas senyap hampir 20 tahun Man Bai yang membuat kemunculan istimewa baru-baru ini sempat berkongsi cerita bakal merakamkan single terbaru bersama bekas kumpulannya, Gersang.

Bagi peminat di luar sana pasti menginginkan percubaan mereka menjadi.

Menurut Man Bai, konsepnya sudah ada yang mana masih mengetengahkan konsep 80-an namun diberi nafas segar untuk lagu yang masih lagi dalam proses perbincangan lanjut bersama anggota lain iaitu Acis, Man Greng, Jojet dan Kid.

Jika tiada aral melintang, tahun depan peminat setia boleh mendengar single mereka yang dijangka siap.

Sebelum itu, untuk kekalkan mood rajin anda di tempat kerja, kami selitkan lagu ‘Berhantu’ ini untuk ingat kembali momen manis anda bersama seseorang.