Sebut sahaja emas sudah semestinya ini menjadi barangan perhiasan wanita yang paling digilai dari dahulu sehingga kini. Lebih menarik lagi, ada sesetengah pihak siap beli emas mengikut trend koleksi terkini! Memang tak dapat dinafikan, golongan ini adalah peminat setia emas.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Tapi tahukah korang, emas juga perlu dibayar zakat kalau tak nak disoal di akhirat nanti. Buat peminat emas korang wajib baca sampai habis. Mami jarum jangan skip okey!
Oleh sebab keistimewaan yang dimiliki oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.
Bagi yang belum faham, kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran di dalam surah At-Taubah ayat 34 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
Buat korang yang gemar memakai perhiasan emas ni jangan sesekali terlepas pandang dalam membayar zakat emas meskipun zakat emas ini banyak kategorinya.
Antara kategori zakat emas yang wajib korang beri perhatian seperti dibawah.
Emas Perhiasan Dipakai
Hukum asal sebarang bentuk pemakaian tidak diwajibkan zakat. Dengan dijadikan emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang.
Namun barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai.
Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf emas perhiasan sebanyak 800 gram. Sebarang pemakaian yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800 gram wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.
Emas Yang Disimpan
Kami yakin part ni ramai wanita yang tak terlepas dari menyimpan emas. Jadi korang kena paham betul-betul apa itu emas yang disimpan dan bagaimana bentuk emas yang disimpan yang memerlukan untuk membayar zakat.
Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan.
Ini termasuklah barang kemas yang sudah rosak atau lama.
Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).
Emas Campuran
Kalau ikut trend terkini, rata-rata ukiran emas yang menjadi kegilaan wanita zaman sekarang semuanya ada emas berbentuk emas campuran. Jadi korang mesti tertanya-tanya kan adakah emas campuran pun harus dibayar zakat.
Jawapannya, wajib dibayar zakat jika mencukupi nisabnya.
Bagi emas dan perak yang bercampur dengan logam yang lain, hendaklah dipastikan peratusan emas dan perak yang tulen bagi tujuan zakat.
Jika ketulenan emas atau perak tidak dapat ditentukan, maka perlu dibuat anggaran yang terbaik terhadap berat emas dan perak yang tulen untuk tujuan zakat. Anggaran ini boleh dibuat dengan merujuk kepada tukang emas atau perak (gold/silversmith) yang mempunyai kepakaran dalam mengenali ketulenan emas dan perak.
Amacam jelas tak mengenai zakat emas? Kami percaya semua wanita mempunyai emas meskipun hanya sebentuk cincin. Jadi jangan pandang remeh mengenai hal ini. Korang kalau nak selamat dan senang di dunia jangan lupa bayar zakat okey!
Ha sebelum kami terlupa, korang juga boleh bayar zakat di PPZ-MAIWP dan berpelung untuk menangi baucar HABIB bernilai RM10,000 sempena dengan Kempen Zakat Emas. Menarik kan? Bayar zakat dapat baucar emas. Boleh lah korang beli emas yang baru pula.
Paling penting hadiah saguhati pun ada. Jadi, korang jangan lepaskan peluang untuk bayar zakat di PPZ-MAIWP sepanjang kempen berlangsung bermula 1 sehingga 30 September ini untuk rebut hadiah lumayan!
Ingat cukup setahun emas korang kena bayar zakat okey! Jangan buat-buat lupa pula.