fbpx

Mamat Exist Dah Jadi Datuk

Tahniah diucapkan buat penyanyi Mamat Exist yang kini bergelar Datuk pada usia 44 tahun selepas menimang cucu perempuan empat hari lalu.

Memetik Harian Metro, cucunya itu adalah anak kepada anak keduanya iaitu Mohd Eiki Daniel kini berusia 22 tahun.

BACA: Mamat Exist Masih Dipantau AADK, Janji Mahu Berubah

“Cucu sulung saya itu dilahirkan secara normal dan sangat comel. Namun, saya belum diberitahu namanya,” katanya.

Dalam pada itu, Mamat berkata dia belum berkesempatan melawat cucu dan menantunya kerana sibuk dengan persiapan konsert Exist.

“Saya tinggal di Johor dan sekarang sibuk dengan persiapan untuk Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung di Zepp KL malam esok. Jadi, belum ada masa nak ziarah mereka yang tinggal di Damansara. Tapi saya sempat jumpa menantu sebelum dia bersalin

“Tengoklah pada situasi dulu sama ada saya akan pergi melawat selepas selesai konsert atau akan datang semula selepas itu kerana nak balik mengundi,” katanya.

Untuk rekod, Mohd Eiki adalah anak Mamat hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal pada 2001.  Selain Eiki mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Aleeya Mysara dan Dylea Mysara.

Menurut Mamat lagi, dia tidak sangka mendapat gelaran datuk di usia 44 tahun serta meluahkan rasa syukur di atas anugerah diberikan oleh Allah.

“Saya bangga kerana dapat gelaran datuk. Kiranya saya makin tua sekarang. Sebenarnya tak pernah terfikir nak dapat cucu pada usia ini. Apapun syukur kerana ini anugerah daripada Allah.

“Ada cucu lebih bermakna kerana dikira ahli keluarga baru. Kehadirannya juga hampir dengan Konsert Exists Resolusi dan Pilihan Raya Umum. Mungkin ini satu tuah untuk saya teruskan karier dalam nyanyian dan bidang lain,” katanya.